Cameron Highlands: Warga Emas Tidak Sangka Masih Hidup

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Arus deras sehingga memecahkan pintu rumah menyebabkan seorang warga emas tidak menyangka akan terselamat daripada banjir lumpur di Cameron Highlands pada Rabu.

Demikian luahan seorang mangsa Leong Tee Chang, 65, dari Kampung Baru, Ringlet di sini.

Menceritakan detik cemas itu, Leong berkata apa yang terlintas di fikirannya ketika itu hanyalah untuk menyelamatkan isteri dan cucu perempuannya.

"Mereka tidak tahu berenang. Saya terpaksa menyelam beberapa minit dan menjunjung isteri untuk menyelamatkannya," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.

Katanya kesemua barangan di dalam rumah tidak sempat diselamatkan kecuali dompet yang berada dalam kocek seluar beliau.

K. Khumaresan, 40, dari Kampung Baru, Ringlet turut berkongsi detik cemas apabila terpaksa berpaut pada alang rumahnya selama 30 minit bagi menyelamatkan diri daripada dihanyutkan air.

"Saya dengar ada bunyi runtuhan, sebelum saya sempat bertindak, tiba-tiba dinding rumah saya runtuh, namun saya bersyukur kerana semua anggota keluarga berjaya menyelamatkan diri," katanya menambah hanya anak lelakinya cedera ringan kerana ditimpa almari.

Beliau berkata akibat banjir itu, keluarganya mengalami kerugian dianggarkan melebihi RM20,000.

Seorang lagi mangsa, Jamil Abdullah, 45, yang merupakan penjawat awam berkata kejadian itu adalah kali kedua menimpanya kerana beliau turut terlibat dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, tahun lepas.

Ekoran kejadian itu, beliau diberikan rumah baharu di Kampung Baru, Ringlet namun, kediaman baharunya itu pula menerima nasib yang sama.

"Lumpur memenuhi ruang rumah sehingga paras lutut. Semua peralatan elektrik saya rosak," katanya yang tinggal di kampung yang sama.

Dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan Lembah Bertam dan Ringlet, di sini pada kira-kira 6.30 petang semalam, tiga termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut manakala lima cedera.

Pada tahun lepas, Tasik Ringlet di Lembah Bertam di sini melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah.


Tags / Kata Kunci: Cameron Highlands

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan