SPM: Kementerian Pendidikan Nafi Kertas Matematik Bocor

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 6:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menafikan khabar angin yang tersebar di laman Facebook yang mendakwa berlaku insiden kebocoran membabitkan kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kertas tersebut dijadualkan bermula dari pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari Rabu lalu.

Kementerian bagaimanapun menafikan insiden kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) bocor di Melaka, Selangor dan Sabah.

Malah, tiada peperiksaan ulangan untuk kertas tersebut pada 5 Disember seperti yang disiarkan di dalam Facebook itu.

Kementerian Pendidikan berkata, peperiksaan SPM akan diteruskan mengikut jadual.

Lembaga Peperiksaan berkata, seramai 455, 839 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM yang bermula Isnin lalu.

Tags / Kata Kunci: SPM , bocor , Matematik

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan