Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 10:52 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri itu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata mereka melantik peguam terkemuka Tommy Thomas, Datuk Malek Imtiaz, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo untuk menyelesaikan kes yang disifatkan berniat jahat dengan mengisytiharkan PPS menyalahi undang-undang.

"Kami akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman.

"Kami mahu mendapatkan deklarasi untuk membatalkan kenyataan Ahmad Zahid, termasuk menyita aset dan harta bendanya selain menuntut ganti rugi.

"Walaupun PPS tidak mempunyai aset mahupun harta, pengisytiharan menyalahi undang-undang ini menjejaskan reputasi anggotanya termasuk tuduhan tidak berasas bahawa mereka mengancam keamanan dan ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Lim berkata sehingga hari ini tiada komunikasi tidak rasmi atau notis rasmi diterima daripada Kementerian Dalam Negeri.

Pada Rabu, seramai 9,000 anggota PPS diarahkan untuk mengembalikan semua kelengkapan dan peralatan mereka.

Pengerusinya, Phee Boon Poh berkata, semua anggotanya diarahkan untuk menyerahkan kesemua kelengkapan di pejabat masyarakat penyayang di tingkat 45 di Komtar.

Beliau berkata, mereka masih menunggu untuk mendengar sendiri daripada Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan (Ros) sebelum menyerahkan semua kelengkapan tersebut.

"Kita masih belum mendengar apa-apa daripada kementerian ataupun RoS.

"Walaupun kita tidak bersetuju dengan pengisytiharan kementerian itu dibawah Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966, sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab, kami akan memenuhi permintaan itu," katanya ketika dihubungi.

Ketua Penyelaras PPS Pulau Pinang, A. Manickam, 67, berkata mereka kecewa kerana dilabelkan sebagai haram selepas empat tahun.

Katanya, mereka mahir dalam urusan pencegahan jenayah dan tiada apa yang dilakukan oleh anggotanya adalah menyalahi undang-undang.

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Penaja Parti Alternatif Rakyat (PAP) Zulkifli Mohd Noor mengesyorkan anggota PPS memfailkan saman terhadap kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana meluluskan pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata anggota terlibat berhak berbuat demikian menerusi tuntutan kes sivil.

"Ini kerana disebabkan kes itu, nama mereka terpalit rekod hitam kerana dianggap pernah menyertai pertubuhan haram. Jika mereka mengetahui kedudukan sebenar pertubuhan itu dari sudut undang-undang negara, tentu mereka tidak akan menyertainya," katanya.

Tags / Kata Kunci: PPS , Ahmad Zahid Hamidi , saman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan