Tak Hormati Alam Sekitar Punca Banjir Lumpur Berulang - Adnan

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 5:08 PM

Ho Kia Hong membersihkan lumpur di sebelah keretanya yang tersadai akibat dibawa arus banjir kilat di Cameron Highlands, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kejadian banjir lumpur yang melanda Lembah Bertam dan Ringlet di Cameron Highlands lewat petang Rabu sehingga mengorbankan tiga nyawa setakat ini, harus dijadikan iktibar kepada semua pihak agar menghormati alam sekitar dan tidak melakukan penerokaan secara berleluasa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun kerajaan negeri sudah mengambil pelbagai langkah pencegahan namun atas kesilapan manusia yang alpa menyebabkan kejadian banjir lumpur yang pernah melanda kawasan berkenaan tahun lepas berulang kembali.

"Semua pihak telah bersedia untuk hadapi banjir...TNB, pejabat daerah dan Polis Diraja Malaysia, mereka telah jalankan tugas sebaiknya.

"Kita bukan nak lepas tangan...kerajaan negeri akan cuba bagi pelbagai bantuan sewajarnya termasuk bantuan kewangan dan memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat.

"Namun, untuk jangka masa panjang, kita tidak dapat lakukan lagi setakat ini sebab sudah hampir kesemua kawasan itu diteroka, pembangunan tidak teratur, hutan sudah botak dan ini yang menyebabkan banjir lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 di Dewan Jubli Perak di sini, Khamis.

Turut hadir, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan barisan anggota mesyuarat kerajaan negeri.

Adnan mengulas kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Ringlet, Cameron Highlands lewat petang Rabu yang mengakibatkan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan dan tiga maut akibat bencana alam itu.

Pada tahun lepas, akibat hujan berterusan, Tasik Ringlet di Lembah Bertam di sini melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah.

Mengulas mengenai sama ada peningkatan penempatan baharu di kawasan Lembah Bertam menyumbang kepada berlakunya banjir lumpur semalam, Adnan berkata penduduk di situ terlalu 'sayangkan' rumah mereka sehingga enggan berpindah ke tempat lain.

"Kita pernah nak pindahkan sekolah cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lembah Bertam) ke tempat lain, tapi mereka tak mahu. Mereka 'sayangkan' tempat itu.

"Kita tak boleh nak buat apalah cuma kita nasihatkan kalau berlaku banjir pindahkan segera keluarga dan anak-anak mereka ke tingkat atas sekolah berkenaan," katanya.

Pada majlis itu, pendakwah terkenal Datuk Kamaruddin Zakaria dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri dan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, sepasang baju melayu, hadiah iringan dan sijil penghargaan.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan