Tanah Runtuh: Seorang Lagi Maut, Angka Korban Meningkat Kepada Dua

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 1:56 AM

Mayat kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus banjir ditemui di sebuah ladang di Batu 49, Cameron Highlands, pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Mayat kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus banjir di Kuala Terla berikutan hujan lebat telah ditemui.

C. Munesh, 15, ditemui diselaputi lumpur di sebuah ladang di Batu 49 tidak jauh dari tempat dia dihanyutkan, oleh pasukan pencari dan penyelamat kira-kira pukul 8.45 pagi Khamis.

Rakan kepada bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ramu berkata Munesh telah memandu traktor ayahnya ke tempat yang lebih tinggi pada Rabu ekoran hujan pada sebelah petang.

"Setelah meletakkan kenderaan itu di tempat lain, dia cuba keluar dari traktor dan mendapatkan perlindungan keselamatan.

"Paras air adalah kira-kira tiga meter tinggi apabila dia tergelincir dan dihanyutkan," katanya.

Ramu berkata bapa Munesh tidak menyuruh anaknya itu mengalihkan traktor, sebaliknya melakukannya sendiri tanpa disuruh. 

"Dia adalah seorang anak yang taat dan selalu membantu di ladang ayahnya.

"Mereka baru sahaja berpindah ke sini dari Negeri Sembilan kira-kira setahun yang lalu," katanya sambil menambah Munesh adalah seorang pelajar di SMK Kampung Raja.

Sementara itu Bernama melaporkan, pada Rabu malam, seorang pekerja kebun sayur meninggal dunia akibat tertimbus dalam kejadian yang berlaku pada Rabu malam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.

"Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.

Morni berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 10 malam berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.

"Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan, dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata, mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.

Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Cameron Highlands berkata, hujan lebat sejak lewat petang Rabu menyebabkan air mula naik di sungai sekitar Pekan Baru Ringlet dan berlakunya banjir kilat kira-kira pukul 7 malam Rabu.

"Bagaimanapun kawasan di Lembah Bertam yang pernah berlaku banjir besar tahun lalu masih tidak terjejas setakat malam ini," katanya.

Pada Oktober tahun lepas, air dari Tasik Ringlet di Lembah Bertam melimpah menyebabkan banjir lumpur dan mengakibatkan lebih 100 buah rumah rosak dan tiga maut.

Tags / Kata Kunci: Ringlet , tanah runtuh , Cameron Highlands

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan