Jakim Tegur Penganjur Kempen Sentuh Anjing

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 2:09 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi teguran kepada penganjur 'I Want To Touch A Dog' supaya tidak lagi menganjurkan program yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata teguran dan nasihat itu disampaikan dalam satu pertemuan diketuai Pengerusi Panel Pakar Syariah Jakim Datuk Seri Hassan Ahmad pada Rabu.

Difahamkan perjumpaan itu berlangsung kira-kira satu setengah jam di Seri Kembangan.

Sehubungan itu Othman berkata Jakim menyerahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor, selaku pihak berkuasa agama negeri, untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perjumpaan antara Jakim dan penganjur program itu bertujuan mendapatkan penjelasan sebenar mengenai penganjuran 'I want to Touch a Dog.'

Bagaimanapun Jamil Khir berkata Jakim tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang tindakan undang-undang memandangkan jabatan itu hanya bertindak sebagai perantara.

Program 'I Want To Touch A Dog' pada 19 Okt di Central Park, One Utama, Petaling Jaya itu mencetuskan perdebatan hangat khususnya dalam kalangan umat Islam kerana ia dikatakan bercanggah dengan mazhab Shafie dan adat di negara ini.

Bagaimanapun, penganjur program Syed Azmi Alhabshi telah memohon maaf atas perasaan tidak senang yang timbul akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing semasa program berlangsung.


Tags / Kata Kunci: Jakim , Selangor

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan