Hutang Malaysia Tidak Ancam Kedudukan Ekonomi Negara - PM

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 12:35 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hutang kerajaan Malaysia tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, malah pencapaian ekonomi negara turut dicemburui negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.

Perdana Menteri berkata hutang negara berada pada paras 53 peratus (daripada Keluaran Dalam Negara Kasar), iaitu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

Beliau berkata kedudukan ini dilihat tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, dan ia turut dipersetujui oleh negara luar.

"Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Belanda Mark Rutte semalam, beliau (Rutte) mengakui keadaan ekonomi Malaysia jauh lebih baik berbanding kedudukan ekonomi Belanda. 

"Saya memetik kata-kata Rutte, "Saya mencemburui prestasi ekonomi anda," katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini Khamis.

Tan bertanyakan kaedah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah hutang negara, kenaikan kos perbelanjaan sektor awam dan kos sara hidup.

Mengulas mengenai hutang isi rumah, Najib berkata ia berada pada tahap 80 peratus, berbeza dengan Amerika Syarikat, yang membawa kepada krisis subprima.

"Hutang isi rumah negara, sebahagian besarnya adalah hutang untuk membeli rumah. Jadi, ada aset sokongan dan aset beli rumah terus meningkat. Walaupun pada tahap 80 peratus, namun kita mesti sedar, (bahawa) sebahagian besar merupakan hutang membeli rumah, dan nilai aset ini akan terus meningkat," katanya.

Namun, Najib berkata kerajaan akan memantau agar hutang isi rumah tidak naik terlalu tinggi serta mampu menguruskan dan menambahkan pendapatan rakyat.

Kepada soalan tambahan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal), beliau berkata Malaysia mengamalkan prinsip ekonomi bebas dan terbuka, yang berlandaskan kepada pertumbuhan pasaran, dengan pencapaian yang sangat menggalakan.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Najib berkata kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah yang terbaik dalam kalangan negara anggota Asean dan antara yang tertinggi di dunia.

Mansor ingin mengetahui peranan serta tahap kejayaan agensi pelaksanaan seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Unit Perancang Ekonomi (EPU).

"Namun, kalau kita lihat jurang pendapatan antara kaum, bandar dan luar bandar, (kedudukannya) bertambah baik. Cuma etnik sahaja tidak meningkat. Ini yang kita akui, ada juga cabaran tetapi pendekatan kita adalah untuk menberi tumpuan dan bantuan kepada golongan 40 peratus pendapatan terendah (B40)," kata Najib.

Najib berkata hanya langkah kerajaan secara berterusan akan menghasilkan kesan jangka panjang, dan sekiranya kerajaan memperkenal Cukai Keuntungan Modal seperti yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang, ia akan membawa kesan negatif kepada ekonomi negara.

Kepada soalan asal Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin), perdana menteri berkata langkah berkesan dalam mengemudikan Model Baharu Ekonomi (MEB) berjaya mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan rakyat secara keseluruhannya.

Katanya ini ditunjukkan melalui pengurangan pekali Gini (suatu ukuran penyerakan statistik) daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.431 pada 2012, dan berdasarkan data awalan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES), pekali Gini terus berkurangan kepada 0.421 pada tahun ini.

Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah berkesan dalam mengemudikan MEB ke arah merapatkan jurang kekayaan yang melebar semula sekarang, sebagaimana berjayanya Kerajaan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tambah Najib, ketidakseimbangan pendapatan di bandar dan luar bandar juga berkurangan dengan secara perbandingan di bandar menurun daripada 0.423 pada 2009 kepada 0.410 pada 2014.

Di luar bandar, dalam tempoh tahun yang sama, turut berkurangan daripada 0.407 kepada 0.307, katanya.

Secara ringkasnya, Najib berkata MEB menyasarkan peningkatan Pendapatan Negara Kasar Per Kapita Malaysia kepada US$15,000, dan memperoleh US$444 bilion dalam pelaburan menjelang 2020 berpaksikan tiga komponen iaitu pencapaian status negara maju, kemampan ekonomi dan prinsip keterangkuman.

Mengulas mengenai isi rumah pendapatan 40 peratus terendah, beliau berkata kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada isi rumah tersebut termasuk masyarakat Orang Asli, Bumiputera minoriti Sabah dan Sarawak dan sebilangan komuniti India.

"Mudah-mudahan segala usaha murni ini akan mencapai matlamatnya, demi membina dan mewajahkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya, maju, moden dan progresif serta pembangunan yang bersifat terangkum," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan