Gadis Ular Janji Tutup Aurat

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: The Chamers iaitu penganjur pertunjukan 'gadis ular' yang sedang berlangsung di Muzium Kelantan memohon maaf kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Wakilnya Mohd Amir Hasan berkata pihaknya akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuk memastikan wanita berkenaan menutup aurat.

"Kami ingin memohon maaf kepada kerajaan negeri dan juga pihak Muzium Kelantan di atas perkara ini," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menutup pertunjukan itu sekiranya wanita berkenaan gagal menutup aurat.

Pameran dan pertunjukan Ular itu yang bermula Isnin lepas bakal berlangsung selama sebulan.

Dalam pertunjukan itu, wanita berkenaan Rahiza Abdul Rahim, 28, atau dikenali dengan gelaran 'Baby Andryanna' berada di dalam sebuah bilik kaca bersama 60 ekor ular.

Dia berkata dia tetap bersemangat untuk mengadakan pertunjukkan sekalipun menerima kritikan kerana tidak menutup auratnya.

"Saya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya.


Tags / Kata Kunci: The Chamers , gadis ular

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan