Dua Lagi Mangsa Dipercayai Tertimbus Tanah Belum Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 9:35 PM

Anggota Bomba dan anggota keselamatan yang lain berusaha mengesan dua lagi pekerja kebun yang disyaki tertimbus di cerun bukit akibat tanah runtuh di Cameron Highlands. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Dua warga Indonesia yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah di kebun sayur Sungai Kabok di Lembah Bertam di sini, belum ditemui pasukan penyelamat, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu.

Beliau berkata seramai 40 anggota pasukan penyelamat termasuk bomba dan tentera menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima laporan kehilangan mangsa daripada seorang rakan mereka.

"Hari ini kita menggali timbunan tanah di lokasi runtuhan rumah kongsi, bagaimanapun operasi hari ini tidak berhasil untuk menemui mangsa," katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi dan Bencana di sini, Khamis.

Beliau berkata pasukan penyelamat menghentikan operasi mencari dua mangsa berkenaan pada pukul 5.30 petang tadi dan akan bersambung semula pukul 8 pagi Jumaat.

"Kita terpaksa menghentikan operasi kerana kita lihat wujudnya pergerakan tanah yang boleh membahayakan pasukan keselamatan," katanya sambil menambah operasi mencari mangsa adalah dengan berjalan kaki dan mengikut laluan yang sama seperti hari ini.

Beliau berkata operasi mencari mangsa esok akan diperluaskan termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan polis dan bomba.

Wan Zahari berkata setakat pukul 5.30 petang tadi, paras air masih belum stabil dan pelepasan air di Empangan Sultan Abu Bakar diteruskan.

Penduduk Lembah Bertam dan Kampung Baru, Ringlet dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa dan mereka tidak dibenarkan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing.

Selain itu, beliau meminta penduduk yang masih lagi tidak membuat laporan mengenai kerosakan harta benda supaya melaporkannya kepada Balai Polis Ringlet.

Setakat ini, sebanyak 28 laporan polis dibuat oleh penduduk Lembah Bertam dan Kampung Baru, Ringlet.

Dalam kejadian itu, tiga orang disahkan maut dengan seorang pelajar lelaki, R. Punesh, 13, ditemui lemas di Sungai Terlom, Kampung Raja, manakala seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia yang dikenali sebagai Anipan, 48, ditemui tertimbus di Lembah Bertam.

Seorang lagi mangsa, seorang pekerja kebun sayur warga Nepal, Md Yousuf Miya, 66, meninggal dunia selepas ditemui tertimbus di Jalan Ulu Merah, Ringlet.

Kejadian yang berpunca daripada hujan lebat itu, turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.

Pada Rabu, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan