Video Klip Pelajar Dibuli: Sekolah Terlibat Disiasat

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan masih belum mengenalpasti sekolah yang terlibat dengan kes buli di mana klip video mengenai insiden tersebut telah menjadi viral di Facebook, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan. 

Beliau berkata sebuah sekolah yang didakwa lokasi berlakunya kejadian buli itu telah menafikannya. 

"Kes ini masih disiasat," katanya. 

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Walau bagaimanapun, tiada butir-butir di mana kejadian itu berlaku dan siapa yang terlibat dalam klip video tersebut yang telah dilihat 153, 500 kali sejak ia dimuat naik oleh pengguna Zuraimi Ngah pada 2 November.


Tags / Kata Kunci: kejadian buli , sekolah berasrama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan