Gerakan Selar Tian Chua Berhubung Demokrasi - Berita Semasa | mStar

Gerakan Selar Tian Chua Berhubung Demokrasi

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 9:57 PM

Tian Chua

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gerakan menyelar Naib Presiden PKR, Tian Chua kerana berkata demonstrasi besar-besaran akan diadakan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah dalam rayuannya terhadap sabitan kesalahan meliwat.


Pengerusi Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusianya, Baljit Singh berkata, kenyataan Tian Chua itu menunjukkan dengan jelas PKR tidak menghiraukan integriti kehakiman dan nomokrasi (kedaulatan undang-undang).

Katanya, saranan Tian Chua agar demonstrasi besar-besaran diadakan juga dengan jelas merupakan perbuatan menghina mahkamah dan boleh diterjemah sebagai secara terang-terangan mencabar kedaulatan undang-undang negara, di samping amat bersifat provokatif dan tidak bertanggungjawab.

"Adakah ia merupakan ikrar terbuka PKR untuk mewujudkan keganasan dan anarki tanpa mempedulikan undang-undang? Beliau perlu menarik balik kata-katanya dan memberi penjelasan kepada orang ramai," kata Baljit dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau juga menggesa ahli politik dan orang ramai supaya sentiasa menghormati undang-undang.

Katanya, Gerakan menentang sebarang demonstrasi yang melanggar sempadan undang-undang serta menganjurkan gangguan sosial.

Tags / Kata Kunci: Tian Chua , Gerakan , demonstrasi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan