Sultan Brunei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang yang disampaikan Canselor Universiti Sains Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada upacara konvokesyen USM ke-50 di sini, Rabu.

Dalam titah baginda selepas menerima anugerah itu di Dewan Tuanku Syed Putra USM, Sultan Hasanal Bolkiah menyifatkan penganugerahan ijazah kehormat itu sebagai penghormatan yang tinggi dan mampu menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan hubungan sedia ada antara Brunei dan Malaysia.

"Ia bukan sahaja satu penghormatan kepada beta tetapi juga kepada rakyat Brunei. Selain itu ia juga mencoretkan kenangan kepada beta dan negara beta," titah baginda.

Baginda juga ingin melihat hubungan kerjasama yang wujud dapat terus dipertingkat melalui kerjasama pendidikan mahupun pertukaran pelajar antara institusi pengajian tinggi kedua-dua negara.

"Brunei juga sentiasa mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Brunei.

"Brunei juga sama seperti Malaysia, amat mementingkan pendidikan selaras dengan Wawasan Brunei 2035 iaitu untuk mempunyai rakyat berpendidikan serta harapan untuk lahirkan tenaga kerja yang berilmu dan berkaliber," titah baginda.

Setakat ini Brunei mempunyai empat buah universiti dan sebuah politeknik.

Sebelum mengakhiri titah baginda, Sultan Hasanal Bolkiah menjelaskan bahawa Brunei juga sedang giat mentransformasi bidang pendidikan teknikal agar dapat melahirkan pelajar berkemahiran yang mampu memenuhi tuntutan semasa.

Yang turut hadir pada upacara konvokesyen sidang pertama hari ini ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Menteri Pendidikan Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Sebanyak 5,472 graduan akan menerima ijazah mereka pada upacara konvokesyen kali ini yang akan berlangsung dalam sembilan sidang sehingga 9 Nov. Pada hari ini sebanyak 353 graduan dianugerahkan dengan ijazah masing-masing.

Sempena upacara konvokesyen itu, pelbagai acara diadakan termasuk pameran kecemerlangan penyelidikan yang mengetengahkan 21 produk hasil penyelidikan USM, bertujuan mendekatkan bidang penyelidikan kepada masyarakat.

Selain itu turut diadakan ialah ekspo konvokesyen 2014 (ConvEx'14) di tapak ekspo konvokesyen yang bertemakan 'USM Nadi Masyarakat' sempena meraikan sambutan jubli emas upacara konvokesyen kali ini.

Tags / Kata Kunci: Brunei , Sultan Hasanal Bolkiah , USM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan