Badan Khas Latih Kaunselor Akan Ditubuhkan - Rohani

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 8:25 PM

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah badan khas di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) akan ditubuhkan untuk memberi latihan kepakaran kepada para kaunselor di negara ini.
 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, dengan memiliki kepakaran, kaunselor berkenaan dapat memberikan khidmat lebih berkesan dalam pelbagai bidang kaunseling. 

Berucap pada majlis perasmian Seminar Kaunseling Lembaga Kaunselor 2014 di sini, Rabu, beliau turut mencadangkan supaya lebih ramai orang menawarkan diri menjadi kaunselor sukarelawan. 

Rohani berkata sebagai contoh, badan-badan bukan kerajaan, kelab dan persatuan, malah orang ramai boleh berbuat demikian. 

"Kaunselor-kaunselor yang sedia ada boleh membantu mereka menjadi kaunselor yang terlatih," katanya. 

Mengikut rekod, sehingga akhir Julai ini, sejumlah 5,445 orang kaunselor telah didaftarkan di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan kementerian menyasarkan 11,000 orang kaunselor menjelang tahun 2020, katanya.
 
Rohani turut menyeru lebih ramai penuntut di universiti menyambung pengajian dalam bidang kaunseling bagi meningkatkan jumlah kaunselor. 

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan