PPS Diminta Patuh Arahan KDN - Polis

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 3:53 PM

Anggota PPS menyertai perbarisan pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu di Pulau Pinang.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN:Semua anggota pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) perlu mematuhi arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyalahi undang-undang.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berikutan itu, polis meminta anggota PPS menyerahkan semua kelengkapan dan peralatan mereka seperti vest dan baju dengan logo PPS kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam kadar segera.

"Jika gagal berbuat demikian polis boleh ambil tindakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Ikrar Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, Rabu.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dalam kenyataan pada Selasa berkata, Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan PPS Pulau Pinang sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

PPS yang ditubuhkan kerajaan negeri pimpinan DAP lima tahun lepas dilaporkan mempunyai 296 kumpulan yang beroperasi di bawah 40 kawasan dengan memperoleh sumber kewangan daripada kerajaan negeri.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, Pejabat Peguam Negara masih membuat penelitian berhubung kertas siasatan penahanan 157 anggota PPS Pulau Pinang pada 31 Ogos lepas.

"Kami masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya iaitu sama ada mendakwa mereka atau sebaliknya," katanya.

Pada 31 Ogos lepas, 155 anggota PPS, termasuk pengerusinya, Phee Boon Poh yang juga anggota Exco kerajaan negeri, ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer ditahan sehari selepas itu, manakala Timbalan Pengerusi PPS merangkap Anggota Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik ditahan pada 4 September. 


Tags / Kata Kunci: PPS , KDN , Datuk Abdul Rahim Hanafi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan