PPS: Kerajaan Pulau Pinang Akan Cabar KDN

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 7:22 PM

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang bercadang untuk mencabar pengisytiharan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang ialah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, ia adalah menyalahi undang-undang untuk mengisytiharkan PPS sebagai sebuah pertubuhan haram tanpa sebarang komunikasi, siasatan sewajarnya dan menghormati prinsip keadilan semula jadi.

Beliau berkata Menteri Dalam Negeri secara terang-terang tidak menghormati prinsip keadilan.

"Kami akan berbincang dengan pasukan guaman kami untuk memulakan prosiding perundangan memohon semakan kehakiman terhadap pengisytiharan yang dibuat Menteri Dalam Negeri," kata beliau kepadapemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, Rabu.

Beliau berkata pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar Negeri pengerusi Jagdeep Singh Deo akan mengetuai pasukan guaman kerajaan negeri untuk memulakan prosiding memohon semakan kehakiman.

Pada Selasa, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff mengisytiharkan PPS sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 dan mengarahkan semua akaun, aset dan hartanah PPS Pulau Pinang diserahkan atau digulung oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Bagaimanapun, Lim berkata tiada apa-apa yang hendak diserahkan kerana semua peralatan dan aset PPS adalah milik kerajaan negeri dan tidak ada aset yang didaftarkan di bawah PPS.

"Kementerian sama sekali tidak berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung perkara itu untuk membolehkan kami mempertahankan diri, " katanya.

Selepas lima tahun penubuhannya, beliau berkata PPS sekarang mempunyai 9,002 anggota terdiri daripada 57 peratus masyarakat Cina, 33 peratus Melayu dan 10 peratus masyarakat India.

"Penubuhan PPS bertujuan untuk membantu polis Pulau Pinang dalam tugas rondaan dan membantu dalam kerja bantuan dan kecemasan," kata beliau.

Pada Ogos, 157 anggota PPS ditahan apabila polis mengisytiharkan PPS sebagai sebuah pertubuhan haram dan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. 

Pada masa ini kesemuanya dibebaskan atas jaminan polis.
Tags / Kata Kunci: PPS , Pulau Pinang , KDN

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan