PM Gesa Semua Negeri Kaji Semula Dasar Rumah Kos Rendah Lapuk

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 11:29 PM

Najib melihat Anugerah Pemaju Induk Rahda yang diterima daripada Fateh Iskandar (kanan) pada majlis di Wisma Rehda malam Rabu. Turut hadir, Pengerusi Jawatankausa Penganjur, Datuk IR Soam Heng Choon.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua negeri mengkaji semula dasar berkaitan rumah kos rendah dan mengemukakan pendekatan telus dan terangkum untuk sistem pengagihan saksama.


Ini katanya, bagi memastikan perumahan kos rendah disediakan di tempat yang diperlukan dan bukan dibina di kawasan yang permintaannya tidak dapat dipastikan.

"Perhatian utama terhadap dasar perumahan dibuat berdasarkan kedudukan uniknya kepada masyarakat; bukan hanya sebagai satu penerokaan perniagaan untuk keuntungan, malah sebagai satu sektor dengan tanggungjawab khusus.

"Menerusi dasar perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana, selain kuota Bumiputera dan diskaun, perumahan merupakan komponen penting dalam agenda pembangunan kerajaan secara menyeluruh," katanya dalam ucapan merasmikan Wisma Rehda di Petaling Jaya di sini, Rabu malam.

Najib juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan menjalankan dasar positif untuk sektor perumahan dan pasaran hartanah.

"Kita mahu pertumbuhan yang kukuh, kita tidak mahu ekonomi gelembung. Ekonomi yang menggelembung merupakan dasar sasaran jangka pendek, dan kita semua tahu kesannya.

"Yang kita perlukan ialah pertumbuhan kukuh untuk industri ini dan pada masa yang sama memastikan industri perumahan berdaya maju dan merupakan perniagaan yang mencatat keuntungan munasabah untuk majoriti mereka yang terlibat dalam sektor ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan dan peserta industri boleh mencari penyelesaian terbaik dalam isu yang sudah lama tertangguh, daripada kekurangan rumah mampu milik sehinggalah kuota Bumiputera yang tidak terjual.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan terbuka, Najib juga menggesa sektor swasta, terutama Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Rehda), untuk terus memberikan maklum balas bagi menyelesaikan isu dan cabaran dalam industri itu.

Sepanjang lima tahun lepas, Najib berkata, industri perumahan dan hartanah merupakan komponen kritikal dalam model ekonomi baharu menerusi peningkatan pembangunan moden bercampur, bandar bersepadu, pembangunan hijau dan pencakar langit di seluruh negara.

"Kita mahu semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada rumah yang mencukupi berkualiti dan mampu milik- kediaman yang dilengkapi kemudahan yang sesuai untuk kehidupan lestari," katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menerima Anugerah Pemaju Induk Rehda atas komitmen dan dedikasi tidak berbelah-bahaginya terhadap industri itu.

Turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili dan Presiden Rehda, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor. 


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan