Tiada Penjawat Awam Beli Nombor Plat 'BMW' Kenderaan Mewah

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 10:59 PM

Nur Jazlan Mohamed.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Rabu dimaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa tiada penjawat awam yang menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang bermula dengan abjad "BMW" untuk kenderaan mewah.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tiada kuota dan keistimewaan diberi untuk penjawat awam, sebaliknya senarai pemilik plat untuk kenderaan mewah itu melibatkan kerabat diraja dan menteri kabinet.

"Namun kita telah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendedahkan senarai itu walaupun mereka berpandangan, nama itu perlu dirahsiakan kerana sensitiviti. 

JPJ juga ambil maklum bahawa senarai itu akan didedahkan jika terdapat arahan dari pihak tertentu malah mereka tiada masalah untuk mendedahkannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC bersama JPJ di bangunan Parlimen di sini hari ini.

PAC memanggil JPJ selepas mendapat syor Jabatan Audit Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2013 yang antara lain menyentuh kelewatan jabatan itu dalam membuka kertas siasatan berkaitan penguatkuasaan dan sistem MYSikap. 

Dilaporkan wujud kekecohan di media sosial baru-baru ini apabila senarai pemilik nombor pendaftaran istimewa 'BMW' didedahkan hingga segelintir masyarakat mempersoalkan kredibiliti dan identiti pemiliknya.

Jelas Nur Jazlan, PAC dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan berhak dan layak mendapat tujuh nombor pendaftaran istimewa dan khas.

"Manakala Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (dua nombor), menteri serta timbalan menteri satu nombor secara percuma sepanjang tempoh perkhidmatan mereka," katanya.

Nur Jazlan berkata JPJ turut memaklumkan bahawa adalah terpulang kepada individu seperti yang dinyatakan untuk menggunakan nombor khas dan istimewa itu untuk tujuan rasmi mahupun peribadi.

Beliau berkata secara keseluruhan, pihaknya berpuashati dengan penjelasan JPJ mengenai segala isu yang dibangkitkan dan percaya agensi itu akan mengambil langkah sewajarnya dalam memantapkan perkhidmatan dan penguatkuasaan mereka kelak.

Tags / Kata Kunci: Nur Jazlan Mohamed , BMW

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan