Gagal Bayar Semula Pinjaman: Kerajaan Tamatkan Kontrak NFCorp

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 1:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengeluarkan notis penamatan kontrak atas kegagalan National Feedlot Corporation (NFCorp) membayar balik ansuran pinjaman berjumlah RM250 juta bagi tahun 2014. 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis kepada Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) berkata kerajaan telah mengeluarkan notis berkenaan kepada NFCorp pada 5 Mei tahun ini, dengan memberikan tempoh selama 90 hari agar syarikat berkenaan membayar ansuran pinjaman mereka. 

"Bagaimanapun, NFCorp gagal menyelesaikan tunggakan pinjaman, justeru kami telah mengeluarkan satu lagi notis pemberitahuan atas kelalaian mereka pada 4 September lalu untuk memaklumkan mengenai penamatan kontrak dan kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan," katanya. 

Kerajaan telah memberi pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp bagi membiayai projek ternakan lembu, Projek Fidlot Nasional (PFN). 

Kontroversi NFCorp menarik perhatian pelbagai pihak selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan mengenai kegagalan mereka memenuhi matlamat penubuhannya, sementara pembangkang pula mendakwa berlakunya salah guna dana dalam pemberian pinjaman mudah yang diberikan kepada NFCorp. 


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan