KDN Sahkan Dua Rakyat Malaysia Diculik Kumpulan Sama

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 7:19 PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri pada Rabu mengesahkan dua rakyat Malaysia yang diculik pada Jun dan Julai lepas di Sabah, dilakukan kumpulan sama dari Filipina.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kedua-dua individu tersebut masih lagi selamat dan pihaknya sentiasa berkomunikasi setiap hari dengan 'pihak tertentu' dalam usaha mencari jalan terbaik membebaskan mereka.

"Kumpulan tersebut telah menghubungi kita setiap hari dan memaklumkan tahanan selamat dan selesa, itu yang kita tahu.

"Rakyat kita ditahan orang yang sama...dan seorang daripada penjenayah daripada dua yang mati ditembak di Sabah (Penampang) baru-baru ini, adalah kumpulan sama yang menangkap tahanan kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep, 26, dilarikan sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat yang melakukan serang hendap terhadap Pasukan Polis Marin di Pulau Mabul, Semporna 12 Julai lepas.

Kejadian 11.10 malam itu mengorbankan rakan sepasukannya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32. Dilapor penculik meminta wang tebusan RM10 juta untuk membebaskan konstabel tersebut.

Seorang lagi pengusaha ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, diculik di Kunak, Sabah, pada 16 Jun lepas oleh sekumpulan lelaki bersenjata api yang menyerbu rumah atas air yang didiami Chan sebelum melarikannya dengan sebuah bot laju menghala ke perairan antarabangsa.

Dilapor, kumpulan penculik didakwa menuntut RM3 juta sebagai syarat pembebasan Chan.

Polis Sabah pada Rabu mengesahkan dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang, baru-baru ini adalah anggota kumpulan penculik yang mempunyai kaitan dengan tentera Kesultanan Sulu di selatan Filipina.

Berdasarkan maklumat risikan, terdapat 14 kumpulan penculik yang berasal dari selatan Filipina dan sekurang-kurangnya empat daripada mereka pernah melakukan penculikan di perairan timur Sabah. 

Wan Junaidi menegaskan pihak berkuasa tidak mahu memperbesarkan kes penculikan ini kerana perbincangan masih lagi berjalan selain tidak mahu menjejaskan keselamatan rakyat Malaysia tersebut.

"Saya tidak mahu ulas panjang lebar sebab perbincangan masih lagi berjalan termasuk dengan pihak berkuasa Filipina.

"Bahkan adalah tidak baik bagi kita untuk bincangkan perkara ini kerana ia bakal membawa kesan buruk kepada pihak yang ditahan. Kita ikut garis panduan yang telah ditetapkan untuk menyelesaikannya," ujar beliau.


Tags / Kata Kunci: KDN , culik , Wan Junaidi Tuanku Jaafar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan