Berniaga Bantu Golongan Miskin Bandar Tambah Pendapatan

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan miskin bandar iaitu mereka yang bekerja di bandar dengan pendapatan RM3,000 ke bawah digalakkan membuka perniagaan sendiri dan melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata inisiatif itu dapat membantu golongan itu memperoleh wang tambahan selepas terjejas dengan kos sara hidup di bandar yang semakin meningkat.

"Golongan (miskin bandar) ini perlu lebih produktif dengan melakukan kerja 'part time' selepas tamat waktu kerja seperti berniaga di pasar malam, menghasilkan karya buku atau menjahit," katanya kepada Bernama selepas Ditemubual dalam rancangan Ruang Bicara di Bernama TV, pada Selasa malam.

Jelasnya golongan tersebut juga tidak seharusnya bergantung kepada gaji bulanan dan bantuan yang diberikan kerajaan sebaliknya perlu berusaha meningkatkan kemahiran yang boleh menambah pendapatan mereka.

"Kini, sudah tiba masanya orang ramai menukar pemikiran dengan tidak bergantung kepada 'makan gaji' sahaja. Mereka perlu ada kesungguhan untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri," katanya.

Sementara itu, anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam membantu golongan miskin bandar juga perlu diambil kira.

Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengubah nasib golongan miskin bandar dengan menilai semula kemudahan dan bantuan yang diberikan supaya tidak ada satu pun kumpulan yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

"Untuk membantu pemilikan rumah dalam kalangan penduduk miskin bandar, kerajaan telah mengumumkan Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membangunkan projek-projek perumahan dan pemilikan rumah PR1MA ditentukan dengan adil melalui undian terbuka.

"Difahamkan juga projek perumahan ini akan dibina di kawasan berhampiran stesen Aliran Transit Massa, Transit Aliran Ringan bagi memudahkan pergerakan mereka menggunakan pengangkutan awam dengan kos lebih rendah," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, individu yang dikategorikan miskin bandar itu sendiri harus bijak dalam menguruskan kewangan mereka dan terus berusaha menambah pendapatan sampingan.


Tags / Kata Kunci: PPIM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan