Bidang Sains Pertanian: UPM Disenarai Ke-54 Terbaik Dunia

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 9:45 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) disenaraikan pada kedudukan ke-54 terbaik di dunia dalam bidang Sains Pertanian dalam penarafan Kedudukan Universiti Terbaik Global oleh US News and World Report yang diterbitkan baru-baru ini.

UPM dalam kenyataan berkata universiti itu turut disenaraikan sebagai universiti terbaik di rantau Asia Tenggara dan ketujuh terbaik Asia dalam bidang Sains Pertanian. Penarafan baharu itu memfokuskan kepada penyelidikan keseluruhan institusi, reputasi global dan serantau serta prestasi penyelidikan yang menggunakan indikator penerbitan, staf akademik dan bilangan graduan doktor falsafah (PhD).

"Terdapat lapan indikator utama untuk penarafan subjek termasuk reputasi penyelidikan global, reputasi penyelidikan serantau, penerbitan dan kerjasama antarabangsa.

Sementara itu, Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, kejayaan itu merupakan pencapaian terbaik UPM dalam bidang Sains Pertanian dan sekali gus melonjakkan reputasi akademik UPM pada peringkat global.

"Pertanian merupakan niche area atau bidang kebitaraan UPM dan semua komuniti UPM menzahirkan rasa bangga di atas pencapaian cemerlang ini kerana kesungguhan dan komitmen dalam memartabatkan ilmu pertanian telah meletakkan UPM antara yang terbaik di dunia," katanya.

UPM juga mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam QS World University Ranking apabila dua tahun berturut-turut berada dalam kumpulan 100 universiti terbaik dunia dalam bidang pertanian dan perhutanan serta pendidikan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan