UPM Universiti Ke-54 Terbaik Dunia Bukti Universiti Tempatan Mampu Bersaing - PM

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 9:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan sebagai universiti ke-54 terbaik dunia dalam bidang Sains Pertanian membuktikan universiti tempatan mampu bersaing di peringkat tertinggi.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi penarafan itu, universiti-universiti tempatan bukan sahaja dapat bersaing di Asia, malahan di peringkat global.

"Tahniah kepada UPM yang telah dinobatkan universiti ke-54 terbaik dunia dalam bidang Sains Pertanian oleh US News and World Report menurut penarafan Kedudukan Universiti Terbaik Global mereka," katanya di laman blog beliau, www.najibrazak.com pada Selasa.

Tambah membanggakan, UPM turut disenarai sebagai universiti terbaik Asia Tenggara dan ketujuh terbaik di rantau Asia bagi bidang Sains Pertanian, kata Najib.

Menurut kenyataan UPM, penarafan itu memfokus kepada penyelidikan keseluruhan institusi, reputasi global dan serantau serta prestasi penyelidikan yang menggunakan indikator penerbitan, staf akademik dan bilangan graduan doktor falsafah (PhD). 

UPM turut mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam QS World University Ranking apabila dua tahun berturut-turut berada dalam kumpulan 100 universiti terbaik dunia di bidang pertanian dan perhutanan serta pendidikan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan