SPR Badan Bebas, Berani - Shahidan

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 8:03 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan bebas dan berani.


Beliau turut menafikan dakwaan Anthony Loke (DAP-Seremban) kononnya SPR takut untuk melantik semula penolong pendaftar wakil parti politik kerana wujud agenda politik.

"Tindakan SPR itu kerana mahu menyelaraskan semula (tugas-tugas) penolong pendaftar," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Anthony, kemudian bangun dan mempertahankan dakwaannya bahawa SPR tidak sepatutnya menamatkan perkhidmatan itu kerana parti pembangkang sudah membantu menambah bilangan pemilih.

Shahidan, bagaimanapun berkata, SPR kini sedang mengemaskini tugas-tugas penolong pendaftar.
 
"Kita hanya tangguhkan wakil parti politik tetapi badan bukan kerajaan dan pihak lain masih diteruskan. Harap bersabar," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPR , badan bebas , Shahidan Kassim

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan