Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Untuk Kepentingan Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) amat dialu-alukan oleh anggota Parlimen daripada pelbagai parti.

Mereka berpendapat tindakan SPR itu amat perlu diadakan secepat mungkin bagi kebaikan rakyat jelata mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.

Bagi Anggota Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan persempadanan semula dapat memastikan pentadbiran sesebuah kawasan itu dijalankan dengan lebih efisien.

Beliau berkata persempadanan semula kawasan Parlimen dan DUN amat perlu bagi memastikan wakil rakyat dapat menjalankan tanggunggjawab dengan lebih baik dan adil.
 
"Saya setuju (dengan persempadanan semula) supaya populasi (dalam satu-satu kawasan Parlimen dan DUN) tidak begitu besar. Kalau sampai ada kawasan yang mempunyai 140,000 pengundi, memang terlalu ramai, dan tidak adil bagi anggota Parlimen itu berbanding kawasan Parlimen yang hanya mempunyai 80,000 pengundi.

Khalid berkata persempadanan itu mesti dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek yang lain bagi memastikan pilihan raya yang diadakan lebih adil.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda daripada PKR, Shuhaimi Shafiei berkata memang wajar persempadanan semula kawasan Parlimen dan DUN dilaksanakan pada masa ini.
 
"Ini adalah kerana bilangan pengundi telah meningkat dan sudah pasti sekiranya kawasan populasi itu dipecahkan, wakil rakyat di kawasan itu boleh menjalankan tugasnya dengan lebih efisien," katanya.

Bagaimanapun beliau berharap SPR dapat laksanakan tugasnya dengan adil dan saksama.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.


Kali terakhir persempadanan semula dilakukan pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada PRU-13.

Bagi Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata selain faktor kepadatan penduduk di sesebuah kawasan, kewajaran persempadanan semula juga perlu dilihat dari segi keluasan sesebuah kawasan.
 "
Sebagai contoh di Sarawak, saya melihat keperluan untuk menambah kerusi adalah wajar kerana kawasan Sarawak teramat besar walaupun penduduknya tidak begitu ramai tetapi kalau kita lihat, ada wakil rakyat yang kawasannya sebesar negeri Pahang.
 
"Apa jua untuk melaksanakan persempadanan semula, ia melihat kepada asas keperluan setempat, contohnya jumlah penduduk yang sudah tinggi, dan kesesuaian kawasan itu," katanya.

Sementara itu, Adun Semenyih daripada BN, Datuk Johan Abd Aziz menyatakan harapannya agar anggota Dewan Rakyat mempersetujui syor kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.
 
"Kita ketepikan fahaman politik, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan kerana persempadanan semula telah termaktub di dalam perlembagaan, jadi ia adalah tanggungjawab kita untuk laksanakan demi kepentingan rakyat," katanya.

Tags / Kata Kunci: persempadanan pilihan raya , SPR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan