81 Penjawat Awam Bersalah Langgar Tatatertib

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 3:26 PM

Shahidan Kassim

Shahidan Kassim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 81 pegawai perkhidmatan awam didapati bersalah di bawah tindakan punitif yang melibatkan kesalahan tatatertib dan surcaj sejak 2012 sehingga 3 Oktober lepas.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antara hukuman yang dijatuhkan kepada pegawai yang didapati bersalah adalah seorang pegawai dibuang kerja, 29 pegawai dikenakan surcaj, manakala 12 pegawai dikenakan surcaj dan amaran dengan nilai keseluruhan berjumlah RM86,767.85.

"Surcaj dikutip secara terus daripada pegawai melalui pemotongan emolumen dan hukuman amaran menyebabkan pegawai berkenaan tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 12 bulan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Wira Othman Abdul (BN-Pendang) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Othman ingin tahu berapakah jumlah tindakan dan jenis tindakan yang telah diambil ke atas kakitangan kerajaan yang melakukan kesalahan seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Dalam pada itu Shahidan memberitahu, seorang pegawai telah dijatuhkan dua hukuman serentak iaitu amaran ditangguhkan pergerakan gaji maksimum 12 bulan dan tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 30 bulan.

Katanya, dua pegawai pula dijatuhkan hukuman tangguh pergerakan gaji maksimum 12 bulan di samping tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 30 bulan.

Selain itu, Shahidan berkata, dua pegawai dijatuhkan hukuman denda iaitu pemotongan maksimum tujuh hari emolumen di samping tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 18 bulan.

"Manakala 34 pegawai lagi dijatuhkan hukumam amaran menyebabkan mereka tidak dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 12 bulan," katanya.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan