Pengusaha Bas Sekolah Tersepit Antara Kebebasan SPAD dan Amaran MyCC

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 12:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengusaha bas sekolah kini dalam dilema apabila kebebasan yang diberikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menetapkan kadar tambang menerusi rundingan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh mengakibatkan mereka dikenakan tindakan.

Hal itu kerana Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pengusaha bas sekolah yang mengenakan tambang secara kolektif mengikut Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

Selain itu pula, SPAD tidak meletakkan harga lantai dan harga siling sebagai panduan kepada pengusaha bas sekolah serta PIBG semasa mengadakan rundingan.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahmat (gambar bawah) berkata, berikutan itu, setiap pengusaha bas sekolah perlu menetapkan tambang secara individu dan amalan penetapan harga secara kolektif adalah dilarang.



"Kami dalam keadaan serba salah sekaran, tersepit antara keputusan SPAD dan amaran MyCC.

"Kita tidak boleh buat keputusan (secara sepakat) untuk tetapkan harga tambang bas sekolah... apa yang kita boleh lakukan hanya beri garis panduan kepada MyCC.

"Bila dah macam ni, lagi banyak rundingan...lagi banyak bergaduh,  bagaimana kita nak mula dan dapatkan kata putus," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Malahan, kata Amali, situasi yang dihadapi ketika ini dengan tempoh masa yang singkat sebelum sesi persekolahan bermula Januari depan menyebabkan pihaknya bimbang tiadak penyelesaian dicapai.

"Saya bukan sahaja lihat ia mustahil untuk dilaksanakan tetapi menyukarkan semua pihak," katanya.

Terdahulu, Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob, mengingatkan operator bas sekolah supaya menentukan struktur tambang secara bebas dan tidak menetapkan struktur bersama operator bas lain.

Peruntukan MyCC melarang perusahaan, termasuk persatuan menetapkan, secara langsung atau tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan lain bagi pembelian barangan dan perkhidmatan.

Bagaimanapun, berikutan penyahkawalan tambang bas sekolah oleh SPAD baru-baru ini, pengusaha bas sekolah tidak akan terikat kepada struktur tambang tetap tetapi bebas menentukan tambang berdasarkan kos operasi mereka.

Jelas Amali lagi, pengusaha bas sekolah juga boleh dikenakan denda dibawah Seksyen 22 (3) Akta Pengangkutan Awam Darat sekiranya gagal mencapai konsensus bersama ibu bapa berhubung kadar tambang bas.

"Sekarang PIBG beritahu mereka tak mahu campur urusan luar pagar sekolah. Mereka tak mahu terlibat dalam rundingan tersebut kerana banyak perkara membabitkan persatuan itu yang masih belum selesai. Jadi macam mana nak bincang mengenai kadar tambang bas sekolah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, bagi mengelakkan kemelut ini berlarutan, SPAD perlu menetapkan kadar tambang asas bagi membolehkan pengusaha bas sekolah tidak menaikkan harga yang membebankan pengguna. 




Tags / Kata Kunci: SPAD , tambang bas sekolah , PPPBSM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan