Esscom Pandang Serius Aktiviti Orang Pala'u Di Esszone

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 12:37 PM

Penempatan bagi masyarakat etnik Pala'u di Pulau Bodgaya, Semporna yang masih bergantung kepada perahu dan laut untuk meneruskan kehidupan.

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memandang serius tindakan segelintir masyarakat Pala'u yang dikatakan terlibat dalam aktiviti tidak sihat, kata Pengarah Awam Esscom Ruji Ubi.


Beliau berkata, kegiatan itu termasuk penyeludupan barangan terlarang dan membawa masuk pendatang tanpa izin yang boleh mengancam keselamatan negara, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Katanya, terdapat keperluan untuk mencari penyelesaian menyeluruh, termasuk usaha mendokumentasi dan menangani isu mengeksploitasi golongan Pala'u, oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita kena mencari jalan terbaik untuk menangani masalah orang Pala'u ini secara berkekalan. Namun bukan mudah untuk menyelesaikan perkara ini tanpa sokongan semua pihak," kata selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat Esscom di sini Selasa bagi membincangkan cara terbaik untuk menangani isu itu.

Ruji berkata, Esscom mengambil inisiatif memanggil mesyuarat berkenaan untuk membincangkan hal itu secara mendalam termasuk mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak.

Mesyuarat itu dihadiri Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun, Ketua Seksyen Komunikasi Strategik Esscom Mohd Yusri Hashim, pegawai-pegawai daerah terpilih dan wakil pelbagai jabatan dan agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara serta Jabatan Imigresen.

Masyarakat Pala'u mula dikesan sejak 300 tahun lalu dan dipercayai berasal dari kepulauan Riau Johor khususnya Pulau Lingga kemudian berhijrah ke kepulauan Selatan Filipina dan Borneo Utara sejak 100 tahun lalu selepas kejatuhan empayar Melaka.

Golongan ini dikenali sebagai 'Sea Gypsies' kerana hidup secara nomad di lautan, dan majoriti mereka masih menetap di perahu dan mengamalkan budaya hidup sebagai pelaut.

Majoriti masyarakat Pala'u kini dikesan menetap di perairan sekitar Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.


Tags / Kata Kunci: Esscom , Esszone , Pala'u

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan