MCA Perlu Hormat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kelantan - Puteri Umno

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 11:29 PM

Mas Ermieyati

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA disaran lebih sensitif dan merujuk kepada pihak yang lebih arif sebelum memberi reaksi berkenaan Operasi Gempur Aurat yang dilaksanakan kerajaan negeri Kelantan, September lepas, kata ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata meskipun MCA membuat kenyataan yang tertumpu kepada aspek perniagaan, namun perkara itu boleh mengganggu pelaksanaan undang-undang kerajaan negeri itu.

"MCA perlu menghormati undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri terutama perkara yang melibatkan agama Islam kerana ia amat sensitif.

"Puteri amat menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan yang melaksanakan undang-undang tersebut dan ia seharusnya dihormati oleh pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan begi mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak bersetuju dengan operasi itu kerana berpendapat ia akan menjejaskan peniaga terutama komuniti Cina.

"MCA perlu sensitif dan sebagai pendokong aspirasi rakyat mereka juga harus adil kepada semua masyarakat dan agama.

"Puteri bimbang kekeliruan rakyat mengenai agama Islam akan menjejaskan hubungan baik antara masyrakat dalam negara," katanya.

Operasi Gempur Aurat yang dilaksanakan September lepas mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita Islam di Kelantan yang tidak berpakaian mengikut syariat Islam.

Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan