MH370: Pampasan Dibayar Selepas Penerbangan Diisytihar Hilang Secara Rasmi

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 4:54 PM

MH370
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia Airlines sedang menunggu penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac diisytiharkan hilang secara rasmi bagi membolehkan bayaran pampasan dibuat kepada waris penumpang.

Pengarah MAS Airlines Hugh Dunleavy menasihatkan keluarga para penumpang penerbangan itu supaya bersabar kerana maklumat mengenai pampasan sedang diatur.

"Kami tidak mempunyai tarikh akhir tetapi sebaik sahaja ia secara rasmi direkodkan sebagai hilang kita akan berkerjasama dengan waris mengenai pembayaran pampasan penuh kepada keluarga mereka," Dunleavy dipetik sebagai berkata dalam akhbar New Zealand Herald.

MH370 meninggalkan KLIA pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac dengan 14 anak kapal dan 227 penumpang dari 14 negara yang berbeza.

Pesawat itu terputus hubungan dengan kawalan trafik udara di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam pada pukul 1.20 pagi.

Boeing 777 kemudian melencong ke arah Selat Melaka dan dipercayai telah 'berakhir' di bahagian selatan Lautan Hindi.

Dunleavy berkata Konvensyen Montreal telah menetapkan siling pampasan kira-kira AS$175,000 (RM582,000) walaupun penumpang boleh mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan pampasan yang lebih tinggi.

"Kami akan memastikan pampasan kepada mereka dibayar untuk mereka yang kehilangan orang yang dicintai melalui syarikat insurans kami," katanya.

"Kami cuba untuk mempercepatkannya (ganti rugi) sedaya upaya kami tetapi terdapat beberapa perkara yang berada di luar ruang lingkup syarikat penerbangan sendiri.

"Jika mereka tidak berpuas hati dengan pampasan dan kemudian mendapatkan nasihat guaman, memulakan langkah seterusnya dan kemudian datang kepada kita, kita akan membuat penilaian dan memberi maklum balas," katanya.

Dunleavy berkata membayar pampasan kepada keluarga penumpang di atas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine adalah lebih mudah kerana mereka tahu apa yang berlaku kepada pesawat.

Beliau yakin bahawa anak-anak kapal MH370 tidak mempunyai kaitan dengan insiden yang telah digelar sebagai misteri penerbangan yang paling besar.

"Semua anak-anak kapal MH370 telah disiasat oleh agensi-agensi keselamatan dan setakat yang saya tahu tiada apa yang muncul sebagai sesuatu yang tidak diingini. 

Tags / Kata Kunci: Hugh Dunleavy , MAS , MH370 , pampasan MH370

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan