Keputusan Rayuan MAS, AirAsia Diketahui Mac 2015 - MyCC

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Keputusan rayuan Malaysian Airline System Bhd (MAS) dan AirAsia Bhd kepada Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) berhubung pelanggaran Akta Persaingan 2010 akan diketahui pada Mac 2015.


Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan denda RM10 juta masing-masing kepada MAS dan AirAsia kerana didapati melanggar larangan perkongsian pasaran mengikut Akta Persaingan 2010.

Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata ketika ini kes MAS dan Air Asia masih diperingkat rayuan di CAT.

"Keputusan belum dimuktamadkan. Mereka (MAS dan AirAsia) masih merayu kepada tribunal (CAT) dan keputusan ditentukan pada Mac 2015," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Garis Panduan Menentang Tipuan Bida Dalam Perolehan Awam dan Buku Panduan Bantu Kami Kenal Pasti Tipuan Bida.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Sementara itu, Siti Norma berkata ketika ini MyCC masih menyiasat 15 kes daripada keseluruhan 47 kes diterima sejak Akta Persaingan 2010 dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2012.

"Sejak dikuatkuasakan, MyCC menerima 47 aduan. Banyak aduan kita telah ketepikan kerana kita (MyCC) tidak dapat aduan penuh, suruh datang ke depan tidak mahu...cuma buat aduan saja tetapi tiada bukti.

"Setakat ini daripada jumlah aduan itu, 15 kes masih disiasat (kes aktif), saya tidak dapat beritahu lebih lanjut kes berkenaan kerana masih dalam siasatan dan kita belum buat keputusan muktamad," katanya.

Dalam pada itu, Hasan berkata tipuan bida boleh meningkatkan harga sesebuah tender antara 12 hingga 15 peratus, seterusnya mengakibatkan banyak pembaziran berlaku dalam perolehan awam.

"Kita harus menggembleng usaha untuk membanteras kes perolehan barangan, perkhidmatan dan pekerjaan yang dibayar lebih daripada harga pasaran, tidak digunakan sepenuhnya ataupun tidak menepati piawaian (substandard).

"Perlakuan yang merugikan masyarakat dan negara ini boleh dielak jika proses perolehan dikawal selia dengan lebih ketat serta mengambil kira aspek pencegahan tipuan bida," katanya.


 

Tags / Kata Kunci: MyCC , CAT , Tan Sri Siti Norma Yaakob

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan