OCPD, Ketua Balai Ditukar 24 Jam Jika Masih Ada Premis Judi Haram - Berita Semasa | mStar

OCPD, Ketua Balai Ditukar 24 Jam Jika Masih Ada Premis Judi Haram

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 7:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua polis daerah (OCPD) dan ketua balai akan dikenakan tindakan tatatertib atau ditukarkan dalam tempoh 24 jam jika premis perjudian tanpa lesen masih wujud di kawasan mereka.

Timbalan Ketua Polis di sini, Datuk Law Hoong Soon berkata, pada 14 Oktober lepas, beliau mengeluarkan arahan dan memberi tempoh sebulan kepada semua OCPD dan ketua balai untuk memastikan tiada lagi aktiviti perjudian tanpa lesen di ibu negara.

"Pemantauan bersepadu membabitkan warga polis Kuala Lumpur akan berterusan dan ketua polis daerah serta ketua balai dikehendaki membuat deklarasi bagi memastikan tiada lagi aktiviti mesin perjudian tanpa lesen di kawasan mereka," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata, pasukan pemantau daripada ibu pejabat termasuk Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard Kontinjen/Bukit Aman akan membuat pemeriksaan di setiap daerah atau balai polis di Kuala Lumpur.

"Langkah ini sejajar dengan arahan ketua polis negara pada Isnin lepas agar polis Kuala Lumpur melipatgandakan tindakan serbuan. Hasilnya daripada 105 premis yang diperiksa, hanya enam dilaporkan masih beroperasi membabitkan lapan tangkapan, 16 mesin judi dan RM955 telah disita.

"Dalam pemeriksaan malam tadi (Isnin), semua premis yang menjalankan aktiviti perjudian berinternet telah ditutup," katanya.

Sementara itu, katanya, sejak 1 Januari lepas sebanyak 20,845 mesin perjudian tanpa lesen dirampas melalui 10,666 serbuan yang dilakukan polis Kuala Lumpur sehingga hari ini.

Hoong Soon berkata, daripada serbuan itu, polis turut merampas sejumlah RM193,576 wang tunai hasil aktiviti perjudian haram berkenaan.

"Berbanding sepanjang tahun lepas, sebanyak 7,561 serbuan dijalankan dengan tangkapan 1,304 orang dan 6,905 mesin judi serta RM89,809 wang tunai dirampas," katanya.

Pada tahun ini, beliau berkata, ia menunjukkan peningkatan melebihi 40 peratus daripada jumlah serbuan, tangkapan dan rampasan yang dilakukan polis Kuala Lumpur berbanding tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: judi tanpa lesen , OCPD , Ketua Balai
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan