Isteri Penternak Ikan Yang Diculik Rayu Bantuan PM

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 6:07 PM

Pek Nyuen (dua, kiri) bersama Shahidan (dua, kanan) di bangunan Parlimen.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menyedari adalah sesuatu yang mustahil untuk mengumpulkan wang sebanyak RM3 juta bagi menyelamatkan suaminya yang dijadikan tebusan, isteri kepada penternak ikan yang diculik merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan bantuan.

Setakat ini, Chin Pek Nyuen, 42, hanya berjaya mengumpul kira-kira RM100,000 daripada rakan-rakan dan keluarga.

Dia takut jika suaminya, Chan Sai Chiun, akan dibunuh oleh angota kumpulan Abu Sayyaf jika tuntutan mereka tidak dipenuhi pada akhir November, tarikh akhir yang diberikan kepadanya.


Pek Nyuen pergi ke Parlimen pada Selasa untuk mengemukakan rayuan rasmi kepada Najib yang telah diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Suami saya telah ditahan selama lima bulan. Penculik telah memberikan saya notis, mengatakan bahawa jika saya tidak menjelaskan bayaran dalam bulan ini, mereka akan mengembalikan kepala suami saya kepada saya," kata Pek Nyuen dalam keadaan tegang pada sidang akhbar di Parlimen.

"Penculik telah menyerang rumah saya. Mereka ingin menculik saya juga tetapi suami saya menghalang mereka. Dia beritahu penculik bahawa dia akan mengikut mereka asalkan mereka tidak membawa saya bersama," katanya.

"Perlukah saya mengikutnya ke Filipina? Berapa lama saya perlu menunggu?" dia bertanya.

Dua hari selepas serangan itu, penculik menghubunginya dan menuntut tebusan sebanyak RM15 juta. Selepas beberapa siri rundingan, wang tebusan telah dikurangkan kepada RM3 juta.

"Tetapi kini, tidak ada rundingan lagi kerana penculik berkata sudah cukup lama masa diberikan. Mereka tidak mahu menunggu lebih lama lagi. Mereka memberitahu saya mereka pasti akan membunuh suami saya. Mereka kata mereka adalah kaum Suluk dan mereka tidak takut," katanya.

Penculik juga sering berhubungan rapat dengan Pek Nyuen, dengan menghubunginya selang beberapa hari.

"Kali terakhir saya bercakap dengan mereka adalah pada malam 30 Oktober. Jika mereka menelefon saya, mereka akan terus menelefon sehingga saya menjawabnya. Mereka akan bertanya kepada saya, "Kenapa awak tidak mengangkat telefon? Bila lagi awak mahu mengambil suami anda kembali? Awak tak sayang suami awakkah?"

Katanya, dia tidak mampu untuk mengumpul wang kerana pendapatan bulanannya hanyalah RM1,000.

Malah sangkar ternakan ikan yang dibuka bersama suaminya baru sahaja beroperasi pada Mac.

Dia menjelaskan bahawa rancangan untuk bertemu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ditolak.

"Saya tidak menerima apa-apa bantuan. Satu-satunya bantuan yang diberikan adalah dengan memberikan seorang pegawai Cawangan Khas (SB) dari Kunak yang mengendalikan kes itu," katanya. 

Dia menambah pegawai itu bertindak sebagai perantara dan membantunya meyakinkan penculik untuk menangguhkan ancaman mereka.

Sementara itu Shahidan meyakinkan media bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah berusaha keras untuk membebaskan mangsa.

Walau bagaimanapun, kerajaan harus berhati-hati dengan maklumat yang disediakan kepada orang ramai yang mungkin sensitif. 

"Kerajaan menganggap keadaan sangat serius. Kita mungkin tidak mengumumkan langkah-langkah yang diambil, tetapi kami sedang berusaha keras untuk menjamin pembebasan mangsa yang diculik. Jika kita mendedahkan terlalu banyak, kesilapan boleh dibuat," kata Shahidan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan