Saya Ada Hak Komen Isu Bakar Bible - CEO The Star

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 6:00 PM

Datuk Seri Wong Chun Wai

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Star Publications Bhd Datuk Seri Wong Chun Wai, pada Selasa, mengecam pengkritik yang mengkritik tindakan beliau mempersoalkan keputusan untuk tidak mendakwa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam isu membakar Bible.

Chun Wai berkata beliau berhak untuk mengulas mengenai keputusan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara, 'sama seperti rakyat Malaysia yang lain yang mempunyai hak untuk mengulas mengenai isu-isu semasa'.

"Ia bukan monopoli ahli-ahli politik dan badan bukan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Chun Wai berkata beliau bukanlah satu-satunya orang yang telah mengulas mengenai isu itu.

"Ramai lagi rakyat Malaysia yang lain, termasuk menteri-menteri Kabinet, telah menyatakan sentimen mereka. Kami mempunyai hak untuk mengulas mengenai keputusan AG.

"Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan bersederhana, kita harus memfokuskan tenaga kita untuk menyatupadukan orang ramai, tidak membuat kenyataan yang menyebabkan perpecahan," katanya.

Ketua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim dalam satu kenyataan pada Isnin menggesa Chun Wai menghentikan 'semua provokasi' terhadap Ibrahim dan Chun Wai tidak perlu mengajar Peguam Negara bagaimana untuk melakukan tugasnya. 

Di dalam kolumnya 'On The Beat' pada 2 November lalu, Chun Wai berkata Peguam Negara mungkin telah menetapkan aturan yang berbahaya bagi keputusannya untuk tidak memfailkan pendakwaan terhadap Ibrahim berdasarkan konteks dan niat - yang merupakan perkara-perkara yang perlu diputuskan oleh mahkamah.

"Pada masa akan datang, mana-mana kumpulan pelampau, dalam apa jua kepercayaan, boleh membuat panggilan pembakaran kitab suci dan kemudian menyatakan alasan sama yang menyedihkan bahawa dia hanya mempertahankan kesucian agama masing-masing," kata Chun Wai.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan