MCMC Anugerah Geran Penyelidikan Kepada Lima Universiti

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 3:14 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menganugerahkan geran penyelidikan berjumlah antara RM70,000 dan RM200,000 kepada lima institusi pengajian tinggi untuk menjalankan projek penyelidikan berkaitan penggunaan media berangkaian dan kesannya terhadap penonton yang berbeza.


Geran berkenaan yang diperuntukkan di bawah Program Kerjasama Penyelidikan Media Berangkaian (NMRC) dianugerahkan kepada Universiti Sains Malaysia, Heriot-Watt University Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas.

Ketua Pegawai Bahagian Peraturan Industri dan Pengawasan MCMC, Toh Swee Hoe berkata, NMCR diilhamkan untuk membangunkan sumber-sumber pengetahuan yang bernilai tinggi dan berasaskan bukti daripada pengaruh dan kesan media berangkaian dalam masyarakat.

"MCMC sentiasa peka terhadap keperluan sebagai pengawal selia dan pemaju industri untuk menjadi pencetus fikiran terhadap isu-isu yang wujud dan jurang penyelidikan terhadap dasar dan peraturan.

"Pengetahuan ini menyokong pembangunan program yang disasarkan dan keberkesanan yang lebih terhadap penggunaan sumber serta mewujudkan kesedaran dalam khalayak umum melalui penggunaan aplikasi komunikasi dan multimedia, perkhidmatan dan kemudahan," katanya.

Swee Hoe berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Seminar Penyelidikan Media Berangkaian 2014 bertema 'Digital Citizens of the Future' di sini, Selasa.

Pada seminar berkenaan, penerima geran diberi peluang untuk berkongsi cadangan penyelidikan masing-masing dengan lebih 400 peserta daripada pelbagai kementerian, pertubuhan bukan kerajaan, universiti dan sektor swasta.

Dilancarkan pada April 2008, NMCR yang bertujuan untuk mengukuhkan penyelidikan dan sumber pengetahuan berkaitan penggunaan media meliputi dasar, keputusan serta inisiatif celik media dan aktiviti telah membiayai 15 projek penyelidikan, setakat ini.




 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan