1MDB Hanya Boleh Bina Rumah Mampu Milik Di Air Itam - Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 11:43 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hanya boleh membina rumah mampu milik di tanah seluas 94 hektar yang dibelinya di Air Itam, Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata rancangan 1MDB yang diumumkan selepas membeli tanah itu adalah untuk membina 9,999 unit rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

"Saya beri amaran kepada 1MDB bahawa kami tidak akan membenarkannya membina selain daripada rumah mampu milik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di sini Selasa.

Beliau berkata 1MDB juga tidak akan dibenar memindahkan mereka yang menduduki tanah itu, tanpa dibayar pampasan sewajarnya.

Bagaimanapun, kata Lim setakat ini 1MDB tidak memohon kelulusan perancangan bagi sebarang projek di tanah itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita bulan lepas bahawa selain membina rumah kos rendah dan rumah mampu milik, 1MDB juga bercadang menggunakan tanah itu bagi tujuan pembangunan lain untuk menjana nilai lebih tinggi bagi tanah yang dibelinya.

1MDB membeli tanah itu pada harga RM1.38 bilion dan berjanji membina 9,999 unit rumah mampu milik.

Sementara itu, setiausaha politik Lim, Wong Hon Wai, yang turut hadir, mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak melabur atau memiliki sebarang saham dalam Wet World Wild (WWW) Adventure Park di Batu Ferringhi.

Katanya projek itu merupakan inisiatif persendirian dan kerajaan negeri hanya memainkan peranannya sebagai pemudah cara untuk syarikat terbabit membina taman berkenaan.

WWW Adventure Park ditutup bulan leps, hanya 10 bulan selepas ia dibuka berikutan ombak kuat pada fasa awal 'super-moon' bulan lepas, yang menyebabkan beberapa struktur dan peralatan taman itu dihanyutkan ke pantai dan ditimbusi pasir di pantai Batu Ferringhi.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , rumah mampu milik , Lim Guan Eng

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan