Tikus: Jabatan Kesihatan Pantau Rapi Kolej Matrikulasi Labuan

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 6:17 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan akan memantau rapi keadaan di Kolej Matrikulasi Labuan (LMC) dan pelajarnya yang mempunyai simptom Leptospirosis, berikutan kematian seorang pelajar Isnin lepas. 

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata pemantauan seminggu oleh jabatan itu mendapati beberapa kawasan tertentu di asrama pelajar dan pejabat pentadbiran dicemari najis serta air kencing tikus.

"Pada beberapa hari lepas pula, kami menggunakan kaedah pencegahan dengan menyembur bahan nyahjangkit dan memasang perangkap tikus. Kami dapati ada tikus yang masuk ke dalam perangkap itu," katanya kepada Bernama Isnin.

Dr Ismail berkata berdasarkan penemuan itu, tikus terbabit dipercayai datang dari semak dan hutan di belakang kolej berkenaan. 

Beliau berkata peringatan dikeluarkan kepada pengurusan LMC supaya lebih berwaspada dan mengadakan lebih banyak aktiviti gotong-royong untuk menjaga persekitaran kolej agar bebas daripada tikus.

Seorang pelajar wanita berusia 18 tahun meninggal dunia disyaki akibat Leptospirosis. LMC mempunyai kira-kira 2,600 pelajar dan enam pengusaha bergilir-gilir mengendalikan tiga kafe di kolej berkenaan.

Dr Ismail berkata taklimat turut disampaikan kepada enam pengusaha kafe serta kontraktor dan semua premis kafe itu dianggap bersih.
Tags / Kata Kunci: Dr Ismail Ali , Leptospirosis , LMC

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan