Siasatan Di Tapak Nahas MH17 Mesti Diteruskan - PM

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 9:56 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa siasatan di tapak nahas MH17 mesti diteruskan walaupun situasi geo politik di daratan berterusan. 

"Saya mengulangi komitmen Malaysia kepada keluarga penumpang dan kru MH17 dan hakikat bahawa keadilan mesti dilaksanakan untuk menghukum penjenayah yang melakukan perbuatan kejam ini," kata beliau menerusi catatan laman Facebook, Isnin.

Pada Ahad, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dengan sebulat suara menerima resolusi mengutuk insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 di timur Ukraine.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 kru, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

Pesawat malang itu ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Tags / Kata Kunci: MH17 , Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan