Pembiayaan PTPTN Pelajar IPTA Dikurang 5 Peratus, IPTS 15 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikurangkan sebanyak lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mulai 1 November.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata bagaimanapun, jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi. 

Katanya penyelarasan itu dibuat berikutan kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November ini. 

"Satu daripada punca kekangan dana PTPTN adalah peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian. 

"Bagaimanapun, pelaksanaan penyelarasan ini telah dinyatakan dalam pekeliling PTPTN Bilangan 1 tahun 2014 yang telah dimaklumkan kepada semua IPTA dan IPTS di seluruh negara pada 29 Oktober lalu," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin. 

Mastura juga berkata, pihaknya juga telah melaksanakan kaedah penggunaan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kaedah tapisan bagi menentukan kelayakan jumlah pembiayaan bagi semua peminjam baharu. 

"Jika data peminjam atau ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M, mereka akan menerima pembiayaan maksimum PTPTN.

"Bagi bukan penerima BR1M, sebanyak 75 peratus pembiayaan akan diberikan kepada keluarga yang pendapatannya tidak melebihi RM8,000 dan 50 peratus untuk pendapatan bulanan keluarga pelajar melebihi RM8,000," katanya. 

Katanya dalam usaha memastikan kelestarian PTPTN, kempen-kempen kesedaran, insentif bayaran balik dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi bayaran balik pembiayaan. 

"Selain itu, tindakan pengurangan perbelanjaan juga perlu dilaksanakan oleh PTPTN berasaskan kedudukan kewangan semasa," katanya.
Tags / Kata Kunci: IPTA , PTPTN , IPTS , Mastura Mohd Khalid

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan