130 Anggota Penyelamat Bantu Cari Pelajar Hilang

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 1:46 PM

Anggota Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan anjing pengesan dalam operasi mencari Ahmad Rafikin Azman.

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai acara maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di sini sejak Sabtu lalu diteruskan dalam skala besar dengan melibatkan 130 anggota pasukan penyelamat.

Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, ASP Rosli Amir berkata operasi mencari Ahmad Rafikin Azman, 16, yang masuk hari kedua pada Isnin melibatkan pertambahan 35 anggota tentera dari Kem Rejimen Askar Melayu Diraja Seberang Takir, Kuala Terengganu berbanding 92 anggota penyelamat pada Ahad.

"Operasi pencarian hari ini dipertingkatkan dan diperluaskan sehingga satu kilometer dari jarak dan laluan asal.

"Ia juga melibatkan pencarian di darat dan pesisir sungai dengan bantuan pasukan tentera yang telah memulakan operasi mencari sejak 8 pagi tadi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut beliau, walaupun usaha pencarian turut dibantu empat ekor anjing pengesan dari jabatan bomba dan polis semalam, namun setakat ini pihaknya masih belum menemui sebarang petunjuk baharu dalam usaha mencari dan menyelamat pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu.

Ahmad Rafikin dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira 6 petang Ahad.

Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa beliau tidak menemui Ahmad Rafikin yang sepatutnya diambilnya kira-kira 3 petang selepas acara itu.

Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela, tentera serta penduduk kampung turut disertai anggota keluarga mangsa.

Kes kehilangan pelajar ini turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil secara sukarela untuk mencari mangsa, antaranya kumpulan pendaki gunung Persatuan Kembara Negara yang bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Telemong, Datuk Rozi Mamat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri. 

Tags / Kata Kunci: pelajar hilang , hutan lipur sekayu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan