Pelajar Dipatuk Ular Tetap Duduki SPM

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipatuk ular di jari kaki kiri Sabtu lepas tetap menduduki peperiksaan itu pada Isnin biarpun dia kini dirawat di wad Hospital Daerah Besut.

Norhafisah Shariff, 17, Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut dilihat tenang menduduki peperiksaan hari ini sambil ditemani pengawas peperiksaan Azmiruddin Hassan dari SMK Nasiruddin Shah, Alor Lintang Besut.

Bercakap kepada Bernama, beliau yang memakai baju hospital berwarna hijau ketika ditemui selepas tamat menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu Satu berkata dia tetap bertekad untuk mengambil peperiksaan kerana tidak mahu ketinggalan menduduki SPM.

"Saya sebenarnya tak nak ketinggalan hanya kerana saya dipatuk ular. Saya sudah buat persediaan sejak 6 bulan dulu bagi menghadapi SPM ini, takkan hendak dibiar begitu saja," katanya yang akan mengambil kertas seni visual pada sebelah petang nanti.

Pengetua SMK Kuala Besut, Wan Kamaruddin Wan Nor ketika ditemui berkata ketika kejadian, pelajarnya itu yang berasal dari Pulau Perhentian sedang menunggu bot di jeti pulau itu untuk pulang ke asrama sekolah sebelum dilaporkan dipatuk seekor ular kapak.

"Dia telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut sebelum segera dirujuk ke Hospital Daerah Besut di Jerteh. Alhamdulillah, dia tidak apa-apa dan masih bersemangat mengambil peperiksaan," katanya.

Wan Kamaruddin berkata meskipun Norhafisah menyatakan terkilan tidak dapat bersama 261 lagi rakan-rakan sekolahnya menduduki peperiksaan SPM, namun beliau redha dengan insiden dipatuk ular itu dan menyimpan tekad untuk berjaya sekaligus membanggakan keluarganya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab Halim Hassan yang melakukan tinjauan perjalanan SPM di sekolah-sekolah Besut berkata terdapat dua lagi calon dari Besut mengambil peperiksaan di wad hospital.

Tags / Kata Kunci: Kuala Besut , Ular

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan