Menteri Pertahanan Perancis Kagum Pencapaian Angkatan Kapal Selam Negara

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 7:53 PM

Menteri Pertahanan Perancis Yves Le Drian (dua kiri) bersalaman dengan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar di atas kapal selam KD Razak ketika lawatan ke Markas Angkatan Kapal Selam TLDM Wilayah Laut Dua Sepanggar dekat Kota Kinabalu, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Menteri Pertahanan Perancis Jean Yves Le Drian menyifatkan kerjasama sedia ada antara Perancis dan Malaysia termasuk dalam bidang pertahanan, sebagai kerjasama strategik dan signifikan kepada negara itu, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata Le Drian memintanya menyampaikan kepada pihak media bahawa Perancis ingin melihat lebih banyak peluang kerjasama antara negara itu dan Malaysia pada masa-masa akan datang termasuk dalam bentuk bantuan dan latihan terutama dengan TLDM.

"Saya telah diberi mandat oleh Menteri Pertahanan Perancis (untuk memaklumkan kepada media) bahawa beliau sangat berpuas hati dengan apa yang dilihat oleh beliau (sepanjang lawatannya ke pangkalan Angkatan Kapal Selam di Pangkalan TLDM di sini)," kata Abdul Aziz kepada pemberita di sini Isnin.

Menurut Abdul Aziz, Menteri Pertahanan Perancis itu melawat pangkalan Angkatan Kapal Selam Malaysia bagi meninjau perkembangan yang dicapai angkatan kapal selam negara ini sejak ditubuhkan 11 tahun lalu.

Abdul Aziz berkata Menteri Pertahanan Perancis itu memaklumkan beliau negara itu kagum dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai angkatan kapal selam Malaysia kerana tidak banyak negara boleh sampai ke tahap itu dalam tempoh 10 tahun. 

Le Drian dijangka mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di ibu negara Selasa.

Turut mengiringi lawatan Menteri Pertahanan Perancis itu ialah Duta Perancis di Malaysia, Christophe Penot dan Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar. 

Sementara itu, Abdul Aziz berkata TLDM menyifatkan lawatan Le Drian ke pangkalan berkenaan sebagai lambang kepada kerjasama dua hala yang mantap antara kerajaan Perancis dan Malaysia.

Katanya bukan mudah mewujudkan kerjasama strategik dalam membangunkan kapal selam dengan mana-mana negara namun Perancis telah memberi kerjasama komprehensif di luar jangkaan Malaysia, khususnya TLDM, dan kunjungan itu adalah gambaran komitmen tinggi Perancis membantu Malaysia membangunkan angkatan kapal selamnya.

Beberapa hari lalu, kapal selam KD Tun Razak telah melancarkan Black Shark torpedo dan tepat mengenai sasaran pada jarak 13 kilometer dengan kemusnahan total di Laut China Selatan.

Malaysia merupakan antara negara terawal memiliki torpedo Black Shark buatan Perancis dan Itali itu. 

Mengenai kemampuan dan kemajuan Angkatan Kapal Selam Malaysia, Abdul Aziz berkata Panglima Tentera Laut Perancis berkata kepadanya "saya lebih daripada gembira untuk mengambil siapa sahaja daripada anggota kapal selam anda".

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan