Kumpulan Pelajar Serah Memorandum Di Parlimen Tuntut Kebebasan Akademik

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan yang terdiri daripada gabungan 18 kumpulan pelajar dari universiti awam dan swasta pada Isnin menyerahkan memorandum kepada wakil rakyat pembangkang menuntut kebebasan akademik, di luar bangunan Parlimen.

Kumpulan itu, Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang), menuntut semua pertuduhan terhadap sembilan pelajar Universiti Malaya digugurkan, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dimansuhkan dan Kesatuan Pelajar dikembalikan.

Sembilan pelajar dari Universiti Malaya menghadapi beberapa pertuduhan kerana menganjurkan ceramah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun permintaan mereka untuk menganjurkan acara itu ditolak oleh universiti. 

Setiausaha Agung Progresif Universiti Malaya Vincent Tan berkata, semua pertuduhan terhadap pelajar itu tidak berasas. 

"Kerana menghadiri perhimpunan, anda dituduh oleh Universiti kerana melaksanakan kebebasan berhimpun," katanya.

Seorang jurucakap dari Mahasiswa Keadilan Haziq Farhan berkata perjuangan ini bukan mengenai pemimpin pelajar UM Fahmi Zainol, pidato yang diberikan oleh Anwar atau pelajar lain yang berdepan pertuduhan kerana menghadiri ceramah tersebut, tetapi mengenai kebebasan akademik. 

"Kami merasakan bahawa kami (pelajar) pintar. 

"Seharusnya tidak ada rasa takut dalam diri kami untuk mendengar daripada kedua-dua pihak dan menganalisis sendiri maklumat," katanya.
Tags / Kata Kunci: memorandum , AUKU , Vincent Tan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan