Kerajaan Cari Mekanisme Terbaik Selesai Masalah Kes Perceraian Sivil

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 11:06 PM

Jamil Khir

Jamil Khir

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan masalah kes perceraian sivil dan hak penjagaan anak apabila suami atau isteri memeluk agama Islam. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha pencarian mekanisme itu mengambil kira kedududukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Katanya ini memandangkan ketiga-tiga undang-undang berkaitan iaitu Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]; Akta Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]; dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] melibatkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri serta menyentuh kepentingan masyarakat beragama Islam dan bukan Islam.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, beliau berkata kerajaan menyedari permasalahan agama anak yang berbangkit daripada pemelukan agama Islam oleh seorang ibu atau bapa.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyelesaian yang hendak dibuat perlu merujuk kepada peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana agama bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.

"Dalam kes Subashini a/p Rajasingam lawan Saravanan a/l Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa berdasarkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, persetujuan satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) ini adalah 'parent or guardian' bukannya 'parents or guardian' yang bermaksud ibu atau bapa atau penjaga," katanya.

Jamil Khir turut menyentuh tentang pindaan undang-undang berkaitan Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]; Akta Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]; dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persektuan) 1984 [Akta 303].

"Pada masa ini, rundingan semula sedang dijalankan dengan negeri-negeri dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kes-kes hak penjagaan anak membabitkan ibu atau bapanya memeluk agama Islam," katanya.

Beliau berkata dalam kes hak penjagaan anak, pertimbangan utama yang perlu diambil perhatian adalah kebajikan kanak-kanak berkenaan walaupun pihak ibu atau bapa yang terlibat juga mempunyai kepentingan dalam penjagaan kanak-kanak.

"Kepentingan kanak-kanak lebih mengatasi kepentingan pihak lain sama ada ibu atau bapa atau penjaga. Justeru, kerajaan sedang meneliti semua sudut secara holistik demi menjaga kepentingan masyarakat Islam dan bukan Islam," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negara dan sentiasa mengambil berat terhadap pembangunannya dengan menyediakan peruntukan kewangan menerusi bajet tahunan secara khusus sejak 2011 hingga sekarang.

Beliau berkata pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta dan agihan dibuat mengikut skala murid seperti RM350,000 bagi SAR yang mempunyai lebih 1,000 murid, manakala RM250,000 bagi 501 hingga 600 murid.

"Peruntukan ini bertujuan untuk pembangunan dan baik pulih SAR di seluruh negara. Di samping itu, bantuan SAR Kelas Agama dan Fardu Ain bagi tahun 2014 juga diperuntukkan oleh kerajaan yang berjumlah RM9.48 juta," katanya.

Berhubung isu berbangkit bahawa peruntukan RM25 juta kepada sekolah pondok tidak mencukupi, beliau berkata pengajian sekolah pondok masih tetap utuh dan berkembang dengan sistem yang lebih tersusun.

Bagaimanapun katanya sekolah pondok perlu kepada bantuan berterusan sama ada daripada sumbangan masyarakat dan kerajaan.

Jamil Khir berkata pada masa ini terdapat 91 buah sekolah pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara melibatkan 3,475 pelajar.

Berasaskan jumlah itu, peruntukan Bajet 2015 adalah memadai untuk memenuhi keperluan sekolah pondok dari segi kemudahan pembelajaran, menyelenggara fasiliti sekolah dan latihan guru, katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan