Program Latih Banduan Jadi Pemandu Bas Perlu Dijamin Kualiti - Industri

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 7:58 AM

banduan
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) meminta supaya program untuk melatih banduan sebagai pemandu bas profesional diberikan jaminan dari segi kualiti dan keberkesanannya.

Masalah kekurangan pemandu bas pada masa ini secara tidak langsung menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka dan menyebabkan jaminan itu dititikberatkan oleh semua pihak bukan sahaja pengusaha bas bahkan penumpang.

Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kurangnya permintaan terhadap jawatan itu turut menyebabkan segelintir pemandu bas tidak berdaya saing.

Jelasnya, pemandu bas menyedari khidmat mereka amat diperlukan dalam industri menyebabkan di kalangan mereka tidak berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

"Antara mereka mungkin tak berdisplin atau kerja sambil lewa. Jika dipecat, mereka masih boleh dapat kerja di syarikat bas lain kerana khidmat mereka tetap diperlukan.

“Program latihan untuk menjadi pemandu bas profesional amat dialu-alukan, bukan sahaja dapat membantu mengisi kekosongan jawaran tetapi mereka berkualiti.

“Kita berharap agar program ini dapat memberikan jaminan dari segi kualiti dan profesionalisme mereka (peserta program) sebagai pemandu bas,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Program Kerjaya Pemanduan Kenderaan Perdagangan yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara dengan kerjasama Metro Driving Academy dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melatih banduan untuk menjadi pemandu bas profesional apabila dibebaskan kelak.

Menurut Mohamad Ashfar, PMBOA yang dianggotai 120 syarikat bas dengan lebih 3,000 bas dan kira-kira 8,000 pemandu bas di seluruh negara berharapan dengan masalah kekurangan 20 peratus atau hampir 2,000 jawatan pemandu bas.

“Kita bukan sahaja memerlukan lebih ramai lagi pemandu bas tetapi mahu juga golonan ini mempunyai minat dan kemahiran untuk memberi perkhidmatan kepada orang awam,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Bhd (KTB), Tengku Mohd Hasmadi Tengku Hashim berkata, tiada halangan buat bekas banduan menjadi pemandu bas sekiranya mereka bersedia untuk berubah dan bekerja secara jujur.

“Mereka juga manusia biasa seperti orang lain yang pernah melakukan kesilapan dan perlu diberikan ruang dan peluang. Kita boleh terima mereka secara baik.

“Jadi pemandu bas ini bagus kerana ia merupakan kerjaya yang memberikan gaji paling tinggi untuk kelayakan paling rendah jika dibandingkan dengan pekerjaan lain.

“Mereka juga dapat bantu masalah kekurangan pemandu bas. Pada masa ini, kita terpaksa meminta pemandu bas sedia ada untuk kerja lebih masa dan masalah akan terjejas teruk apabila segelintir mereka mengambil cuti, sakit atau bersara,” katanya sambil menambah KTB kekurangan lebih 300 pemandu bas henti-henti.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Penjara diminta supaya memperluaskan proram berkenaan dengan menarik lebih banyak penyertaan termasuk banduan wanita.

Bagi Pengurus Utama Ekspres, Tajudin Mohamad Yunus berkata, penyertaan bekas banduan sebagai pemandu bas perlu dipantau bersama oleh Jabatan Penjara.

Beliau yang juga Presiden Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) berkata, pemantauan itu bertujuan untuk menilai prestasi bekas banduan terbabit dan keberkesanan program dalam tempoh tertentu.

“Contohnya, tempoh enam bulan atau setahun. Jika mereka bermasalah, kita boleh ambil tindakan dan bincang dengan Jabatan Penjara apakah tindakan itu,” katanya.

Menurut Tajudin, penilaian tersebut adalah sebagai jaminan kepada permulaan kerja bekas banduan sebagai prospek kerjaya yang baik dalam bidang pengangkutan.

“Macam mana mereka dilatih di dalam (penjara), macam itulah mereka dapat lakukannya di luar nanti. Kita mahu mereka benar-benar terus berkembang,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan