Azmin Akan Menghadap Sultan Selangor Selesai Isu Bible

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 7:59 PM

Azmin Ali

Mohamed Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan merujuk kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Ideris Shah bagi memohon perkenan usaha untuk menyelesaikan isu rampasan Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi Kalimah Allah selepas kemelut itu berlarutan hampir setahun.

Malah katanya, beliau turut mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pandangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) agar isu ini dapat ditangani secara harmoni dan baik.

"Insyallah, isu ini akan diselesaikan dalam masa dekat. Kita akan umum keputusan berhubung isu tidak lama lagi.

"Jika kamu boleh tunggu enam bulan, tidak bolehkah kamu tunggu beberapa hari lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program
majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Program Gotong-Royong Mega: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014 di sini, Isnin.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri komited dalam menyelesaikan kemelut yang berlarutan hampir setahun.

"Adalah beberapa pertemuan kita lakukan (bersama Jais)... yang penting saya komited untuk menyelesaikan isu ini," katanya.

"Alhamdulillah hasil mesyuarat itu memuaskan. Saya akan bentangkan perkara itu kepada Tuanku dan kita akan umumkan (keputusan) dalam masa terdekat," katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menggunakan pendekatan sama dalam menyelesaikan isu ini tetapi gagal mencapai sebarang kata putus.

Pada Januari lalu, Jais merampas lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

Jais berkata, tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dengan menghalang orang bukan Islam di Selangor menggunakan perkataan kalimah Allah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan