Bekas Naib Canselor UiTM Angkat Sumpah Jawatan Senator

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 1:26 PM

Dr Ibrahim Shah Abu Shah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas naib canselor Universiti TeknologiMara (UiTM), Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah, adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin.

Dua yang lain ialah Pengerusi KUB Malaysia Berhad Datuk Seri Abd Halim Abd Samad dan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nallakaruppan.

Ibrahim Shah, 66, dan Abdul Halim, 74, dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini manakala Nallakaruppan, 68, dilantik untuk penggal kedua. 

Ibrahim Shah, yang menjadi naib canselor UiTM dari 2001 hingga 2009 kini menyandang jawatan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Malaysia.

Beliau dilahirkan di Merlimau, Melaka dan, pernah merangkul beberapa anugerah termasuk Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia (Sektor Pendidikan Awam) 2009 dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka pada 2013.

Selain itu, beliau aktif dalam kegiatan sosial dan pernah menjadi anggota panel Penasihat Perpaduan Negara Malaysia dari 2007 hingga 2008.

Abdul Halim, yang dilahirkan di Kuantan, Pahang, pula aktif dalam kegiatan politik termasuk memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiawangsa dari 2004 hingga 2013.  

Tags / Kata Kunci: Senator , UiTM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan