Tolak Fahaman Ekstremis - PM

Diterbitkan: Ahad, 2 November 2014 12:27 AM

Najib Razak.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat agar menolak fahaman ekstremis, fanatik dan jumud sebaliknya meningkatkan sensitiviti serta rasa saling hormat bagi mengekalkan kemakmuran negara. 
 
"Walaupun kita mempunyai perbezaan budaya dan agama kita tetap warganegara Malaysia yang cintakan negara dan akan terus berjuang menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya.

Berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali di sini malam ini, Najib berkata konsep kesatuan dalam kepelbagaian yang diasaskan pemimpin terdahulu tidak terdapat di negara lain.

Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa, katanya. 

Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia seharusnya berasa kagum dengan kejayaan kerajaan membawa negara mengecapi keamanan dan kemakmuran walaupun memiliki kepelbagaian kaum.

Najib berkata pemimpin-pemimpin negara luar melahirkan rasa kagum yang tinggi terhadap Malaysia dan menyatakan hasrat untuk belajar kaedah diamalkan negara ini. 

Beliau bagaimanapun berasa hairan kerana terdapat segelintir rakyat yang memperlekehkan kejayaan yang dikecapi hasil sumbangan semua kaum. 

"Saya bercakap melalui telefon dengan Perdana Menteri India yang baharu (Narendra Modi). 
 
"Beliau berkata beliau kagum dengan kejayaan Malaysia dan ingin belajar bagaimana ingin mencapainya. 
 
"Kalau orang luar kagum, kenapa kita rakyat Malaysia ada antara kita yang memperlekehkan kejayaan ini," katanya. 

Turut hadir bersama lebih 10,000 pengunjung ke majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. 

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan akan terus membantu masyarakat India untuk maju ke hadapan seiring dengan kaum lain. 

Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan bagi pembangunan kaum India antaranya melalui peruntukan Bajet 2015 seperti pinjaman Tekun berjumlah RM50 juta serta RM50 juta lagi untuk penyelenggaraan dan baik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
 
"Inilah inisiatif kerajaan dalam memperkukuhkan semangat 'nambikei' atau kepercayaan dalam sama-sama memajukan Malaysia," katanya. 

Tags / Kata Kunci: fahaman ekstremis

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan