Muhyiddin Doakan Calon SPM Lakukan Terbaik

Diterbitkan: Ahad, 2 November 2014 3:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok dapat melakukan yang terbaik dan mendoakan agar mereka mencapai kejayaan cemerlang.

Dalam satu kenyataannya di sini, Ahad, beliau berkata Kementerian Pendidikan telah membuat persiapan rapi agar peperiksaan yang bermula esok berjalan lancar.

"Kepada para pelajar, lakukanlah yang terbaik. Buat persediaan yang mencukupi dan hadapi peperiksaan dengan tenang. Insya-Allah, anda semua bakal beroleh kejayaan.

"Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru-guru.

"Terima kasih juga kepada ibu bapa yang tanpa jemu memberikan dorongan serta sokongan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan esok," katanya.

Sebanyak 455,839 pelajar di seluruh negara akan menduduki peperiksaan itu.


Tags / Kata Kunci: SPM

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan