Caj Melampau Untuk Bekalan Darah

Diterbitkan: Ahad, 2 November 2014 8:09 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penderma darah mendakwa hospital swasta mengenakan caj yang tinggi kepada pesakit yang ingin mendapatkan bekalan darah.

Mereka mendakwa hospital terbabit mengaut keuntungan daripada keikhlasan hati penderma.

Selain mendapatkan darah daripada penderma, kebanyakan hospital swasta turut memperolehi bekalan darah dari Pusat Darah Negara (PDN) dengan kos yang rendah.

Tinjauan Sunday Star mendapati pesakit dikehendaki membayar bayaran transfusi antara RM160 dan RM500 untuk 350ml hingga 450ml beg darah di hospital swasta.

Bayaran itu turut dikenakan walaupun mereka membawa bersama penderma semasa rawatan pemindahan darah.

Yap Sow Chong, 56, seorang penderma tetap, mengaitkan insiden di mana sebuah hospital swasta mungkin mengambil kesempatan terhadap golongan penderma.

Katanya, baru-baru ini dia membantu menyebarkan rayuan seorang inspektor polis yang memohon bantuan penderma darah apabila isterinya dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi selepas melahirkan anak mereka.

"Dengan media sosial, rayuan dapat sampai ke semua pihak dan maklum balas amat cepat. Dalam masa yang singkat, mereka yang ingin menderma darah beratur panjang dan ada di kalangan mereka diminta untuk datang keesokan harinya.

"Beberapa penderma darah kini tertanya-tanya sekiranya hospital tersebut mengaut keuntungan daripada darah yang didermakan," katanya.

Malah, beliau turut menghantar e-mel mengenai pertanyaan itu tetapi hospital swasta terbabit tidak memberikan sebarang maklum balas.

Katanya, sesebuah hospital perlu memaklumkan kepada penderma sebaik sahaja bekalan darah mencukupi telah dikumpul untuk pesakit tertentu.

"Mereka harus diberi pilihan sama ada mereka mahu atau tidak untuk terus menderma darah di hospital terbabit," katanya.

Seorang lagi penderma darah tetap, W.K.Ng dari Ipoh berkata hospital swasta perlu mengenakan harga yang munasabah kerana darah tersebut telah didermakan.

Malah, kebanyakan mereka memperoleh darah daripada PDN pada harga RM30 setiap beg.

"Mereka tidak sepatutnya mengenakan bayaran lebih RM100 untuk setiap beg darah.

"Jika PDN mengenakan hospital swasta bayaran sebanyak RM30 bagi setiap beg untuk menampung gaji kakitangannya, kos tabung uji, jarum suntik, ujian bahan kimia, peralatan dan penghantaran, tidak ada keuntungan.

"Namun, sekiranya hospital swasta mengenakan bayaran lebih RM160 bagi setiap beg darah, mungkin mereka memindahkan kos operasi dan kos tetap kepada pesakit sama seperti organisasi lain yang ingin mengaut keuntungan," katanya.

Anggota Majlis Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr N.K.S. Tharmaseelan berkata, bekalan darah diberikan secara percuma di hospital kerajaan.

"Di hospital swasta, caj dikenakan. Malah antara diantara hospital tersebut mengenakan caj sehingga RM500 untuk kumpulan darah sukar diperolehi," katanya.

Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang (HPP) Lim Thoon Deong berkata, kebanyakan hospital mengenakan caj sebanyak RM250 untuk setiap beg bekalan darah yang harganya disifatkan terlalu tinggi.

Lim yang juga Penasihat Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan Jawatankuasa Perhubungan MCA negeri berkata, aduan mengenai caj tidak munasabah terhadap bekalan darah perlu disiasat oleh Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) di bawah Kementerian Kesihatan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan