Umno Perlu Lebih Berani Untuk Kekal Relevan

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 6:11 PM

Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memalu gong sebagai simbolik perasmian penutup Konvensyen Umno Terengganu 2014 di Kuala Terengganu pada Sabtu. Turut hadir (dari kiri) Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Jailani Johari dan Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Umno perlu mengatur langkah baharu dan tidak lagi boleh bertindak seperti biasa memandangkan parti keramat ini merupakan harapan kepada orang Melayu yang mahu parti lebih berani untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata atas faktor tiada keberanian Umno untuk cepat berubah, rakyat kini semakin berani mempersoalkan perjuangan asas Umno khasnya dalam membela bangsa, agama dan negara. 
 
"Umno dilihat longlai, tidak berani ke hadapan. Ramai pihak mula persoal perkara pokok perjuangan asas hak-hak kita dan ini dibuat secara terbuka walaupun dulu tidak berani apatah lagi kini ada media sosial," katanya. 

Berucap ketika merasmikan Konvensyen Umno Terengganu 2014 di sini hari ini, Muhyiddin berkata malah beliau sendiri turut diasak dengan pelbagai soalan tentang Umno tidak lantang, tidak berani ke hadapan dan hanya badan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib orang Melayu. 

Sebab itu, katanya, Umno tetap bertegas untuk mempertahankan Akta Hasutan yang boleh menjadi asas untuk membendung gejala yang boleh meruntuhkan perpaduan dan kedaulatan negara ini. 

Muhyiddin berkata sudah sampai masanya untuk Umno bertindak dan tidak lagi boleh berdiam diri serta bergerak seperti biasa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. 

Beliau berkata Umno harus membuktikan ia sebuah parti yang masih relevan untuk membela nasib rakyat dan bukannya mengharapkan pihak luar kerajaan yang memperjuangkan nasib mereka.
 
"Apa yang penting kukuhkan parti kita. Saya sokong usul kukuhkan perpaduan negara kita oleh Umno Terengganu. Dengarlah masalah rakyat, bela bangsa agama dan negara, saya harap tempoh tiga tahun ada satu gerak kerja, perlu tersusun dan terancang," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Umno sebagai tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lagi belum pulih 100 peratus daripada masalah yang dihadapinya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). 

 "Malah perdana menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN dua hari lepas, beliau jangkakan bahawa belum banyak perubahan berlaku, sebab sebahagian masih 'state of denial'. Kita tidak rasakan keadaan yang luar biasa dan mencabar lagi, kita tidak bertindak lebih berani dan tegas," katanya.

Beliau berkata Umno dan BN hari ini sudah berubah dengan hanya menguasai 133 daripada 222 kerusi Parlimen serta kalah kepada pembangkang di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor selain hanya menang majoriti mudah di Terengganu. 

Muhyiddin turut berharap ada perubahan yang akan berlaku di Terengganu di bawah dasar Tranformasi Terengganu Baharu oleh Menteri Besar Datuk Razif Abdul Rahman.
 
"Sekarang kita ada 17 kerusi Dewan Undangan Negeri, nanti sekurang-kurangnya 22 kerusi. Kita pernah kalah dan kita pernah menang, perkukuhkan balik setiap perjuangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan